Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum...

syukur kehadrat Ilahi,kerana limpah kurnianya..dri ini masih mampu diberi peluang untuk menghirup udaranya yang segar dan nyaman..namun sesungguhnya semua ini tidak kekal, ianya adalh tempat persinggahan semata-mata..

Hari ini adalah bermulanya tahun baru iaitu 1/1/11..angka keramat bg dunia ini.umur kita makin meningkat begitu jugalah usia bumi ini yang semakin tua..hanya menanti arahan Tuhannya, dengan hanya menanti tertiupnya sangkakala..lalu musnah lah segalanya.

tahun ini juga bermula semester baruku,tanpa sahabt yg tercinta disisi kerna telah menyahut panggilan Ilahi..semester ini juga mrupakan semesterku yang terakhir bg mendpatkan segulung ijazah.

kematian??? adakah ia sungguh mendahsyatkan...ya!!kecut perutku tatkala takut akan kematian..kenapa dri ini takut???? takut kerana diri ini menyedari betapa hina dinanya diri tanpa bekal yg secukupnya..tambahan pula,ketika hati ini ingat akan suatu perkara...

Adakah dri ini skrg dalam kelemasan????hanyut dibwa arus yg xtahu dimana penghujungnya...dri ini pernah yakin pada dri bhawa dirinya mampu mmbantu seseorang daripada terus lemas dan hanyut dibawa arus keduniaan...namun adakah drinya telah berjaya mmbantu seseorang itu ke tebing???...tidak..diri ini tidak pernah mmbntu seseorang itu bertepian ke tebing..malahan dirinya sendri kelemasan,lemas smpai tidak pasti dapat diselamatkan ataupun tidak walaupun drinya telah dibawa ke tebing...malahan diri ini merasakan dirinya lebih hnyut berbanding orang yang hendak dibantunya itu..

sehinggakan diri ini kehilangan dri yang sebenar...tidak lagi dirsakan nur Allah memncar pda sinar wajahnya,yang mana wajahnya semakin hari semakin kusam..

Namun...adakah Allah mudah melupakan hmbaNya,sepertimana hmbaNya melupakanNya dengan mudah...melupaknNya kerna nikmat dunia,kasih syang,harta, hiburan n sbgainya.tidak sama sekali,kerna sudah menjadi sifat sang Pencipta yang tidak akan sama sekali menyamai maklukNya...dri ini perlu mencari keredhaan n nurNya kembali...dri ini sendri yg perlu berusaha mencari diri yang sebenar...dri ini dan diri seseorang itu sendiri yang perlu berusaha untuk menyelamatkn dri dari kelemasan dan seterusnya hanyut dibawa arus keduniaan..mengayuhkan diri dengan bersungguh2 agar dpat ke tepian serta yakin, istiqamah dan tawakl dalam diri hanya pada Tuhan yang Agong..walaupun dri mengethui walau sampai ketepian diri xsemestinya selamat DiSANA..apa yg penting berusha dan tidak ptus asa padaNya..

Dri ini memohon,moga Allah menemukan diri kami yang sebenar..ampunkanlah dosa2 kami s/ada dlm kead sengaja atau tdak sengaja...

semoga hari demi hari yang kemudian, adalah hari demi hari yang lebih baik dan lebih bermkna berbanding hari sebelum ini..jazakumullah hu khairan kathira

Tuesday, December 28, 2010

DOAKU BUATMU SAHABAT



Ya Allah,

Andai sahabatku resah,

tenangknlh hatinya dgn teduhn makrifah-Mu.

Andai shbtku terncam,

lindungilh jasadnya

dgn kbesarn-Mu

Andai tbuhnya kdinginan, slimutknlh dgn kehgatan kasih sayg-Mu

Andai drinya merindu,rinduknlh jiwanya dgan saat brtemu dgn-Mu.

ya Allah..

jgn kau biarkn hatinya, jiwanya n juga jasadnya terpesona dengan duniawi

Khusyukkn jiwanya dlm rukuk

dan sujudnya ketika menghadap-Mu

beriknlh kejayaan padanya di dunia-Mu..

juga di akhirat-Mu kelak

semoga dirinya itu saudaraku selamanya.



"Tidak ada kegembiraan setanding nikmat bersahabat.

Dan tidak ada rasa sedih setanding perpisahan dengan sahabat"

(Imam Al-Syafi'e)



"Org yang kurang ditimpa kesulitan,jiwanya akan lemah,

sebagaimana orang yg kurang bekerja,bdannya lemah.

Bersyukurlah apabila diuji dengan kesulitan,

kerana dengan itu kita mempunyai jiwa yang kuat dan tabah"


(STANZA CINTA,NURUL HALAWATI)

"Dalam kita melangkh..terkadang diuji dgn ujian yg terasa berat.

peritnya terasa, tetapi ketahuilah dan renungilah kembali kedalm diri.

Mungkin air mata tika itu hadir krna Dia mahu kta mnjhit kmbali

sejadah iman yg kian trkoyak lntaran ada lngkh yg tersasar dripada keiklasan"

Tuesday, October 5, 2010

BERHATI2 DALAM MENGUCAPKAN KATA2

Ketika seorang hamba itu ditimpa musibah, hendaklah ia berhati-hati dalam menangis dan juga dalam mengucapkan kata2. jauhi ucapan yang akan dapat menghapuskan pahala musibahnya serta yang akan membuatkan Allah murka kepadanya, ucapan yang akan membuatkan Allah murka itu seperti mengatakan Allah berbuat kezaliman kepadanya dan sebagainya.



Sesungguhnya ketahuilah, bahawa Allah itu Maha Adil dan tidak akan berbuat kezaliman, Maha Mengetahui serta tidak akan melakukan perbuatan yang menyesatkan atau berbuat bodoh.Segala perbuatan yang dilakukan-Nya penuh dengan Kebijaksanaan serta menyimpan kebaikan. Allah swt tidak akan berbuat sesuatu kecuali ada hikmahnya, sesungguhnya Dia adalah Zat Maha Pemberi dan pada suatu ketika akan mengambilnya kembali. apa yang dilakukanNya tidak ada seorang yang mampu menuntut melainkan Allah yang menuntut dari perbuatan hambaNya.

Allah membuat apa sahaja yang Ia kehendaki, Ia Maha Pencipta serta menentukan segala perkara. Justeru orang yang terkena musibah hendaklah mengucapkan kata-kata yang akan membuatkan Allah redha kepadanya serta berusaha memperbanyakkan pahala dan meningkatkan darjat di sisi Allah swt.

Abdul Arab berkata: ketika Abdullah bin Ziad memerintah supaya menyeksa Baljak, maka datanglah tukang penyeksa tersebut dengan membawa berbagai macam lalat. Kepada tukang penyeksa itu Baljak berkata : Aku ingin mengatakan sesuatu kepadamu, harapanku hendaklah kata-kataku ini menjadi bahan renungan bagi siapa saje yang mendengarnya. pada saat itu ia memuji Allah lalu berkata; Hari ini adalah mrupakan hari terakhir untuk aku di dunia ini, dan ianya tidak perlu disesalkan, aku berharap semoga hari ini merupakan hari pertamaku di alam akhirat yang sangat selalu aku inginkan. Demi Allah, sebab kefanaan alam inilah, makanya aku tidak ingin kekal untuk tinggal diatasnya, sehingga demikian, aku memandang ringan semua cubaan yang menimpa diri.segala puji pada Allah, atas segala suka dan duka, keshatan dan kesakitan sesungguhnya aku berhrap kepada Allah supaya yang ditimpakan padaku adalah lebih banyak dari yang ku lalui.

Selepas ia mngucapkan kata2 tersebut, maka penyeksa itupun mengerat kedua tangannya, tetapi darah tidak keluar, maka waktu itu ia berkata: Hidup dengan kemuliaan dan mati dalam kesuciaan, sebb jiwaku selalu berharap pahala besar dari Tuhanku dan saat ini kegembiraan benar2 kekal n aku tidak mengakhiri hidupku dengan kekeruhan.

Ketika penyeksa itu mengerat kedua kakinya, maka tidak sedikit pun keluar keluhan dari mulutnya. maka ia menjawab: Demi Allah, aku memekik bukanlah kerana melihat api itu, dan bukan kerana takut, ttapi aku ingat akan besarnya seksa neraka. semasa ia diseksa dengan api itu Baljak memejamkan matanya sambil berdoa: Ya Allah,aku hidup didunia ini sentiasa dalam kesedihan maka berilah hambamu ini kesenangan di akhirat.sesungguhnya aku telah melihat, betapa kecilnya seksaan ini, jika dibndingkan dengan pahala yang bakal aku terima pada hari akhirat, maka Baljak meninggal dunia.

Justeru, janganlah seseorang itu mendoakan keburukan drinya sendiri kerana Rasulullah pernah bersabda pada waktu Abu Salamah meninggal dunia: Janganlah kamu mendoakan dirimu, kecuali doa yg baik, kerana doa semasa kamu berdoa malaikat turut mengaminkan.

(KASMURI SELAMAT M A, RAHMAT DISEBALIK DUGAAN, 2009)

~ANGGAPLAH TIAP DUGAAN SEBAGAI KAFARAH~

Saturday, August 28, 2010

KAJIAN AJARAN SESAT

SEBAHAGIAN DARIPADA KAJIAN TENTANG AJARAN SESAT YANG ADA DI MALAYSIA

7. Nur Muhammad: Agama Baha’i
Ajaran ini diasaskan oleh Mirza Ali Muhammad Rida’ Asyairazi (1235-1265 H) - (1819-1849M), dengan mengumumkan bahawa dirinya Baba tahun1844 M/1260 H. Selepas meninggal, kepimpinan diserahkan kepada Mirza Husain bergelar Bahai dan menamakan gerakannya dengan gerakan Bahaiyah. Memiliki sebuah buku berjudul al-Aqdas (suci). Bahai meninggal pada tahun 1892 M. mengenai tokoh-tokoh penting Gerakan Bahai setelah pendirinya adalah sebagai berikut:

1. Qurrah Aini (1230-1269 H), adalah wanita pertama yang menyeleweng daripada suaminya dan membolehkan dirinya di mutaah, mendakwa syariat Islam itu dihapus pada muktamar yang diadakan tahun 1269 H dan pada tahun yang sama Syah menjatuhkan hukuman mati padanya.

2. Yahya saudara lelaki Bahai: bergelar dengan Azal, menentang saudaranya merebut kerusi khilafah Baba, memiliki buku berjudul al-Alwah (lembaran), ditipu oleh saudaranya dan pengikutnya dibunuh.
(Ensiklopedia Agama dan Mazhab-mazhab Moden, 2008, 47-48)
Menurut pernyataan penulis, Nur Muhammad ini turun temurun tiada terhad kepada Imam Syi’ah yang mana tersebar secara meluas dari abad ke abad. (Pengasas Agama Baha’i) menceritakan tentang dirinya bahawa dialah menafestasi semua kelahiran Nabi-Nabi dan pemimpin selepas Nabi. Bab dan Baha’ullah merupakan pengasas Agama Baha’i,mereka tidak menggelar diri mereka Nabi tetapi menggelarkan diri dengan God’s Manifestation (مظهرالله ) maksudnya sama seperti Nabi.

Pengasas agama Baha’I selepas kematian ketuanya adalah ramai, ini kerana Baha’I telah berpecah dan menjadi banyak mazhab. Antara pengasas mazhab-mazhab selepas ketuanya ialah Mirza Husain Ali, Mirza Yahya Nur, Mirza Muhammad Ali, Abas Afandi dan pengikut Bab. Asalnya, ajaran ini berpegang pada ajaran Islam yang benar, mereka membela agama dan mengarang kitab. Namun, tiba-tiba ajaran ini menyeleweng dengan mendakwa Nabi Isa sudah wafat dan kuburnya ada di India. Nabi Isa diburu oleh pelampau Yahudi, beliau berhijrah ke Kashmir dan meninggal di sana. Beliau wafat ketika berusia 120 tahun. Walaupun pernyataan itu jelas adalah rekaan semata-mata tapi ramai umat yang mempercayai pendapat tersebut. (Abdul Hadi Awang, 2007, 153-154)

Orang yang berfikir tentang akidah gerakan Bahaiyah ini maka ia akan menemukan bahawa akidah mereka bersumber daripada sumber-sumber berikut:

I. Ajaran Budha, Brahma, Zoroaster, Manicheism, Mazdak dan aliran-aliran sesat yang lain.
II. Agama Yahudi, Nasrani dan penganut Dahriyyah (absolute moment)
III. Ajaran Syiah dan peninggalan Parsi sebelum Islam.

Gerakan ini bergerak di bawah arahan:

I. Yahudi
II. Empayar Rusia
III. Penjajah Inggeris

(Ensiklopedia Agama dan Mazhab-mazhab Moden, 2008, 47-48)

Mirza Husain Ali merupakan pengikut kepada Mirza Ali Muhammad yang merupakan ketua bagi bahagian pengetahuan Bab (“gateway” istilah dalam bahasa Arab). Bab telah ditemui oleh Mirza Ali Muhammad pada 1844, ia telah menjadi kepercayaan syiah terhadap Imam Dua Belas. Nabi ini dikenali sebagai Baha’ullah. Mirza Husain Ali yang membawa ajaran ini telah dipenjarakan. Beliau dibebaskan pada 1853 dan dipindahkan ke Constinople, dekat dengan Empayar Ottoman. Ajarannya ini telah menjadi ikutan oleh anaknya iaitu Abd ol-Baha, beliau Berjaya menyebarkan ajaran tersebut Selatan Eropah dan Utara Amerika serta seluruh dunia. Walaupun begitu Abd ol-Baha tidak menganggap dirinya sebagai Nabi. (Jeff Hay, 2007, 49)

Di’ayah Baha’I berperingkat-peringkat. Mereka bermula dengan menyebarkan berita tentang kedatangan Mahdi atau tentang bab (pintu) sahaja. Kemudian ia mengaku sebagai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Selepas itu mengaku jadi manifestasi Allah (Nabi), dan akhirnya mengaku Allah bertajalli dan hulul (menempat) dalam dirinya. Pengganti bab bernama Mirza Hussain Ali yang juga mengaku Roh Allah menyerap masuk kedalam dirinya. Bagi penulis pandangan ini dilihat sebagai kurang siuman tetapi bagi pengkaji mengikut konsep “Nur Muhammad, dan Nur Muhammad itu daripada Nur Allah atau Allah sendiri” , ia merupakan bukan satu khayalan tetapi ia satu pemikiran falsafah.

Beliau membacakan hadis, setiap tahun akan lahir pemimpin pembaharuan (mujaddid) sehingga beliau mengaku sebagai Imam Mahdi iaitu individu yang dijanjikan oleh Nabi Muhammad bahawa akan lahir Nabi akhir zaman. Selepas berjaya mengumpul pengikut, beliau menaikkan tarafnya dengan penjelmaan roh Nabi Isa dan Nabi Muhammad dalam dirinya. Memandangkan semua Nabi mempunyai mukjizat, beliau mendakwa dirinya juga mempunyai mukjizat. Namun, tidak ada satu pun mukjizat yang berlaku. (Abdul Hadi Awang, 2007, 154-156)

8. Nur Muhammad: Agama Qadiani
Mirza Ghulam Ahmad al-Qadiani (1839-1908 M) merupakan pengasas Qadiani. Beliau keturunan satu keluarga yang terkenal dengan mengkhianati agama dan tanah air. Mirza dimata pengikutnya terkenal dengan emosi yang kurang, selalu sakit dan penagih dadah. Beliau memiliki lebih dari 50 karya tulis dan artikel. Salah satu karangan terpentingnya ialah, “Izalah al-Awham”, (cara menghilangkan ilusi), ‘Ijaz Ahmadi, (Mukjizat Ahmadiah), Tajalliyat Ilahiyyat (manifestasi Tuhan) dan sebagainya. (Ensiklopedia Agama dan Mazhab-mazhab Moden, 2008, 359-360)

Ghulam Ahmad pengasas agama Qadiani mengatakan perkara (falsafah) sama seperti yang diucapkan oleh Bab dan Mirza Husain Ali.beliau mengatakan Nabi Isa, Nabi Muhammad, Mahdi malah Krisna semuanya hulul (menjelma) dalam dirinya. Penulis menyatakan terdapat kepercayaan tersebut dalam ajaran puak gnosis (makrifah) Kristian yang mengatakan, “Dalam dunia ini hanya ada satu Nabi iaitu manusia yang Allah jadikan seperti rupa-Nya. Yang terdapat tempat Roh al-Quds, yang lahir sejak azali dalam setiap zaman dengan rupa-rupa baru.”

Pengikut Qadiani telah menubuhkan sebuah komuniti Qadiani di India yang dipimpin oleh Maulana Nuruddin, kepimpinan beliau diragui oleh pengikutnya yang berpendidikan Barat, mereka keluar lalu menubuhkan pertubuhan Qadiani yang baru di Lahore dengan membawa ajaran mengikut pemikiran mereka sendiri. Mereka melantik seorang daripada keluarga mazhab Qadiani menjadi khalifah dengan gelaran Khalifah al-Masih II. Beliau berkhidmat selama 40 tahun, dan ajaran ini tersebar meluas. Kebanyakan pengikutnya berada di Pakistan, India, Afrika Barat, Negara-negara Barat dan Negara Asia Tenggara. Pengikut Qadiani beranggapan bahawa masyarakat Qadiani sahaja boleh dianggap Islam tulen. Asalnya ia ajaran Islam yang benar tetapi telah diubahsuai dan diperbaharui oleh Ahmad Qadiani, beliau diutus Tuhan bagi tujuan pembaharuan tersebut. (Ensiklopedia Islam, 1998, 197-198)

Ajaran Qadiani jelas bertentangan dengan rukun-rukun iman iaitu antaranya beriman kepada Allah, para Rasul dan hari Kiamat. Ajaran ini jelas sesat, yang mana penjajah Inggeris di India menyokong ajaran ini dan membantu menyebarkannya di Negara-negara umat Islam. Sebagai tanda sokongan pihak Inggeris menyediakan penempatan yang dinamakan Rabwah di daerah Punjab sebagai pusat gerakan di seluruh India dan seluruh dunia Islam. Tujuan gerakan ini adalah untuk memecahkan kesatuan umat Islam. (Abdul Hadi Awang, 2007, 156-157)

Baha’I dan Kristian juga merupakan falsafah puak gnosis, bagi penulis adalah wajar mengapa Ghulam Ahmad Qadiani membuat pengakuan yang bukan-bukan. Ahmad Qadiani menyatakan bahawa dia mengaku apa yang Allah laksanakan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. maka dia mengaku berlaku ke atas dirinya. Ghulam Ahmad meletakkan dirinya seperti mana apa yang Allah jelaskan dalam surah al-Dhuha yang Allah laksanakan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, antara kesesatan ajaran ini ialah :

1. Dalam ketuhanan. Ajaran ini menyamakan Tuhan dengan makhluknya. Mereka mendakwa Allah sembahyang, tidur, puasa, berjisim, mempunyai juzuk dan sebagainya.
2. Dalam Kenabian: mereka menafikan Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul yang terakhir. Mereka mendakwa Nabi sentiasa ada, termasuk Ghulam Ahmad yang mendakwa diri sebagai Nabi.
3. Pengikut Qadiani mendakwa bahawa tanah Qadian adalah lebih mulia daripada tanah suci Mekah dan Madinah.
4. Membatalkan jihad. Allah pernah membenarkan membunuh kanak-kanak dikalangan keluarganya. Dia mendakwa mendapat ilham dari Allah supaya berkahwin dengan seorang wanita, dan sekiranya wanita itu menolak pinangan maka dia akan dilaknat. Walaupun begitu, pinangannya ditolak malah wanita itu mengahwini lelaki lain dan dia tidak dilaknat. Dia mendakwa bahawa Allah menikahkannya dengan wanita itu diatas langit.
(Abdul Hadi Awang, 2007, 157-161)

Pada pendapat penulis Ghulam Ahmad Qadiani mentafsir ayat خاتم الأنبياء berasaskan konsep Nur Muhammad mengikut kaedah tajalli Nur Muhammad ke dalam dirinya juga. Menurut beliau, maksud khatam nubuwwah ialah tiada nabi selepas nabi Muhammad s.a.w., tiada Rasul, dan tiada syari’at tetapi ada tajalli Nabi Muhammad kepada seorang daripada umat nabi Muhammad s.a.w.. Orang ini telah suci rohaninya, telah mencapai tahap limpahan dari Nabi Muhammad s.a.w. serta ajaran-ajarannya. Maka, Ghulam Ahmad Qadiani telah mencapai maqam yang tinggi disisi Allah. Apabila beliau menerima tajalli Nur Muhammad maka ajaran yang dibawa oleh beliau bukan perkara baru atau menghapuskan syari’at Rasulullah. Apa yang dibawa adalah sama kerana Nur Rasulullah sendiri sudah tajalli masuk ke dalam diri Ghulam Ahmad Qadiani. Ajaran tersebut adalah ‘akidah wahdat al-wujud dan hulul jasad Rasulullah dalam diri Ghulam Ahmad Qadiani.

9. Nur Muhammad: Agama Taslim
Perkataan Islam bermaksud berserah diri (taslim) kepada Allah, Islam adalah agama penyerahan (taslim). Hakikat taslim pada setiap zaman itu memiliki bentuk yang tertentu dan bentuk pada zaman kita adalah agama yang dibaawa Nabi terakhir.penyerahan diri adalah penerimaan semua perintah Allah.

Penulis menyatakan penganut Agama Taslim membuat kenyataan bahawa Islam yang tidak diterima daripada keturunan Rasulullah maka Islam mereka itu sia-sia. Maka perlulah menerima Islam daripada pengasas Agama Taslim itu sendiri atau keturunannya yang telah menerima ijazah dan bergelar “sayyid” tanda keturunan Rasulullah. Pengertian “keturunan Rasulullah” adalah sama maksudnya dengan apa yang dikatakan oleh pengasas Agama Baha’I dan Qadiani.

Kerana Nur Muhammad, fahaman wahdat al-wujud gnosis yang berasal daripada teori emanasi Neoplatonisme. Perkara tersebut terdapat dalam kitab-kitab Ibn ‘Arabi, sekalipun bukan dia pengasas wahdat al-wujud tetapi bentuk yang lahir selepas zamannya adalah dalam bentuk ciptaannya. Ibnu ‘Arabi menamakan kalimah Muhammadiah, atau Haqiqah Muhammadiah atau Nur Muhammad. Semua nama tersebut dia tidak maksudkan Nabi Muhammad tetapi penjelmaan Tuhan al-Haqq dalam bentuk dan rupa yang paling sempurna. Dialah Nur pertama dan daripada-Nyalah segala makhluk dijadikan.

Penulis juga menjelaskan bahawa kalimah Muhammadiah, atau Haqiqah Muhammadiah, atau Nur Muhammad tidak ada kaitan sama sekali dengan peribadi Nabi Muhammad s.a.w. atau para Nabi dan Rasul atau wali-wali Allah. Kalimah tersebut adalah falsafah metafizik Ibn ‘Arabi yang terkeluar daripada batasan zaman dan tempat.

Bab 5: Martabat Tujuh
1. Ahli Sunnah dan Martabat Tujuh
Menurut penulis sunnah ialah tareqah (cara) Nabi dan Jama’ah serta para sahabat. Ahli Sunnah ialah pengikut aliran Asy’ariah, Maturidiah dan Salaf. Mereka berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah serta menolak falsafah.

Penulis mentakrifkan Ilmu Martabat Tujuh ini ialah perbincangan mengenai asal mula kejadian alam semesta. Ilmu ini termasuk bidang iktikad tasawuf falsafah wahdat al-wujud, yang mengatakan bahawa Allah mencipta alam semesta ini bukan dari tiada kepada ada, seperti pegangan Ahli Sunnah, tetapi daripada ada kepada ada. Allah yang tiada Awal bagi Ada-Nya dan makhluk terbit daripada Allah. Menurut Hamzah Fansuri, “wujud Allah dengan Zat Allah, seperti matahari dengan cahayanya”. Hukum wujud Allah dengan wujud alam esa adalah sama.

Pengertian Wahdat al-Wujud ialah “satu ada”, atau secara istilahannya “Allah ialah segala-galanya, tiada yang benar selain Allah”. Manakala takrifan tajalli, penulis mentakrifkannya, Allah bagi orang sufi Wahdat al-Wujud ialah alam semesta ini bukan Allah tetapi, hakikat Allah dan Alam semesta adalah sama.
Dikalangan Ulama tradisional, tokoh yang sangat dipengaruhi martabat tujuh ialah Muhammad Nafis Al-Banjari. Dalam kitabnya, Ad-Durr An-Nafis, menjelaskan tentang susunan martabat iaitu Ahadiah, Wahdah, Wahidiah, Alam Arwah, Alam Mithal, Alam Ajsam dan Alam Insan. Dikalangan pemikir kontemporer Sayyid Muhammad Naquib al-Attas merupakan pendokong ajaran Ibnu ‘Arabi terutama mengenai lima tanazzulat. (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1997, 71)

Sejarah ringkas martabat tujuh. Martabat tujuh (ertinya lapisan tujuh) iaitu, Ahadiah, Wahdat, Wahidiyah, Alam Arwah, Alam Mithal, Alam Ajsam, dan Alam Insan. Lapisan ini tidak semestinya tujuh, ada yang membilangnya lima sahaja Syams al-Din al-Sumatrani. Yang paling terkenal yang mana telah masuk ke Nusantara oleh Muhammad Fadhlullah al-Burhapuri iaitu martabat tujuh.

2. Isu Martabat Tujuh
Martabat Tujuh ini telah merebak di kalangan penganut ajaran sesat Wahdat al-Wujud yang dihidupkan dengan Batiniah. Menurut penulis yang mengatakan bahawa martabat tujuh ini adalah ajaran Imam Ghazali dan ada fatwa yang mengatakan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui tentang martabat tujuh di bimbangi mati dalam keadaan kafir. Syeikh Ahmad Khatib menafikan bahawa Martabat Tujuh itu ada kaitan dengan Imam Ghazali, bagi beliau orang yang mempunyai pandangan tersebut adalah golongan yang jahil. Beliau juga berpendapat Martabat Tujuh bukan berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah yang sahih dan ia bertentangan dengan ithnainiyat al-wujud.

3. Mengapa Tiada Bantahan?
Menurut penulis Ilmu tasawuf tajalli Wahdat al-Wujud Martabat Tujuh sudah lama tersebar di Nusantara. Dalam Alam Nusantara tidak ada beza antara para ulama dan ilmuan Islam.
"Maka berlumba lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan" [Al-Baqarah: 148]

Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……...

Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ....dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ....
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan .....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak .....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ....arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok .....jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam .... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ....sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ...dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".. Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,

Tuesday, April 20, 2010

~_^.::Dimanakh Driku??::.


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

tiada ape yang ingin diluahkan pada ruangan entry kali ini..just wanna out my hurt feeling...Ya Allah..betapa gundah gulananya hatiku ini...tidak tenang,malah mudah tersentuh rsa...Adakah kerana diri ini semakin menjauh dari-MU.Na'uzubillah..

Sejak akhir2x ini hatiku sebak...tidak dapatku pastikan kenapa.dengan mudah sahaja, air mata yang jernih jatuh mengalir..kadang-kadang mengalir tanpa ku sedari(sakit mata,cermin mata rosak..huuu=(..)kadang-kadang ia mengalir kerana diriku mula merasakan sebuah kegagalan bakalku hadapi..Na'uzubillah sekali lagi..tidak sanggupku menghadapinyerr..tapi perlu,malah mesti kuhadapi...

Yang pasti..diri ini sedang dirundum kesedihan,kepedihan,kesakitan yang tidak tahu apakah puncanya..

sekarang diri ini, tidak berdaya lagi untuk berperang dewan...aduhhhh...bagaimana ini,masih ada beberapa paper lagi yang belum ku hadapi..tapi jiwa n semangat sudah goyah,sudah mula menyatakan kegagalan..sedangkan ini bukan diriku..dimanakah diriku yang sebenar...???seorang yang tidak pernah patah semangat terutama dalam pelajran..tersembur di ingatanku...betapa susah dan banyaknye dugaanku hadapi demi mencapai sebuah kejayaan n sekarang..diriku dimana????sudah pon berjaya ke menara gading..tp,xkan hanya separuh jalan..xkanlah diri ini xmampu meneruskan yang lebih lagi...semasa sek. men. org len fokus untk exam,spm or,stam...tapi sy???sibuk tolong ibubapa...itu dugaanku,dan xprnah ku songehkan,xpernahku ungkitkan..tp,sekrg dimana driku???tidak lagi prlu turun padang tlong ibubapa..just focus 4 the study,but why am not be myself like this before...

moga diriku kuat...sekuat diriku sebelum ini,malah lebih kuat sekuat dan setabah Sumayyah...

p/s:it just what i feel now..its nothing ok..barakallahhu fik..

Friday, April 16, 2010

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Alhamdulillah....sudah sminggu exam berjalan,agak2x stakat ni tidak lah baik sangat perjlnannya tp,mungkin itulah yang terbaik yang Allah permudahkanku dalam perang tempur dewan ni...

Sepanjang perjalanan exam tu, bnyak kejadian malu dan menyedihkan namun terselit sedikit kemanisan...

sudah 2minggu sy demam selsema..ingatkan dah kebah tp,masih ada agi...adat la,sy demam kalu xsebulan xsah..tpi,cukuplah sebulan dalm setahun..hu3x..dah set dalam time table tiap thun,mesti ada demamnyer kalu x ia akan jadi suatu kepelikan.

berbalik kpada time perjalnn exam....alhmdulillah,spnjang tu aku xlupa akan tuhan,berusaha,berdoa,ikhtiar dan tawakkal..namun memang soklan sem killer.membuatkan aku bimbang dan stress tp,aku terpaksa redha ape pon result nyerr..(i dont want repeat again..hate that..dush3x)

huhuhu..sy nk start story yg agak malu..first ari exam,sy pegi dngan penuh smngat berkobar2x.xsabar rasanya nk luahkan segala ilmu yang dah dipelajari dan diterokai.tp,ari2 masuk dewan pnuh tawakkal coz ingtkan soklan killer.msa midterm mmng soklan killer.cam biasa,tempat duduk sy adalah 3 dari bhgian dpan..jiran2x yang sama jerr tiap kali exam,aishhhx...xlrat dah sy tngok korang.hu3x..(xbek r nurin ni..hi3x).tp,aritu disbbkan debran kuat,boleh plak sy slah duduk tmpat orag(dush3x..malu gilerr.umiiii...ha3x).nasib baik miss tegor."aikkk..bukan k awk dok blkang sy????(musykil..2x)"aikk..ni no sy dah..(sambil tngok slip khdiran exam)alamak malunyerrr..."(sempat agi ktaorang wat bsing dlm dewan tu)...mungkin bgi korang...ala biasa la tu...tp tulah kali pertma spnjng dok UKM ni.malu sangat.

kali kedua adalah pagi tdi...malu hanya tuhan jer yag thu..sy nmpak kerusi n no sy,teru jer sy duduk.tp pelik...."alamak..nape depan sangat nih,biar betol.."ustaz tngok kat aku dgan wjah pnuh kepelikan.(ha3x..malunyerrr)..
ustaz tu dtang kat aku,nasib baik lect sndri kalu lect len,bukn k malu sangat."ni ke tmpat duduk awk??"sekali agi miss dtg tegor aku"aikk...bukan k sy dok dpan awk?nape xderk krusi pon dpan awk?""tpi nilah tmpat duduk sy""tipulah,tngok elok2x..ni no awk".
"miss sudah miss,sy ngaku sy salah(dengan pnuh prsaan sy lari cpat2x cari tmpat duduk,dah xsnggup pndang wjah ustaz)."ni tmpat duduk kta,blakang skali..ha3x".."hah..ketawa2x..huuuuuu...malunyerrr,nak nangiss(sob2x).nape camni ni?adkah ini petanda xleh jwab jap g?"(mula pk bukn2x)anggaplh ada hkmah sume tu...exam bermula..adesss..banyaknyerr yg kena translete,hidung plak wat hal(dmm selsema agi taw,ni pon soksek2x agi).

sepnjang selesema 2mnggu ni,rmai yag caring tentang sy...exco2x perdana ramai yg kalut tnya kshatan sy.."akak ok x ni,ore g blik kak eak?"..."ishhh...tok payoh susoh2x..akak ok jah"..."yeker ni...nati ado gapo2x oyak eak!".."ok,bereh...tahu mne dmm ni?"..."ada ore oyak,dia msg ngn akak pastu dia sebar hbis kat sume exco perdana suh g mlwat akak"....huhuhuhu..tu dialog ngn slh sorang junior.terharunya..press..xhbis2x hntar mseg,jga kshat,moga berjya exam....sy syang korang dan PERDANA..mngkin itulah istmewanya PERDANA..

ok..thats all..sakit kpala bru ilang..asyik pening2x jerkk akhir2x ni..
mmm...lupe nk bgtaw,cafe sy nyer kolej ttup dah 3mnggu..time nk mkn jer,,mula la mrayap kat luar,susahnyer nk cari sesuap nasi..skrang plak dilema xderk air..(sy nak mogok cafe n uo..dush3x..ha3x ari2 mogok ngn cc coz Lyann pekerja dia terok,dah xnk ingt sal tu.ksakitan msih dirasai..hu3x )..

ok...salam ukhwah bagi yang baru open this blogg,gud luck pda yg exam,n moge sihat2x sokmo..nati jdi cam sy,slah dok tmpat org dlm dwan preksa.

Sunday, April 4, 2010

~hari yang pnuh dngn kepahitan~

سلام عليكم......أخوة في الله

hari ini akanku jadikan kenangan yang kekal abadi dalm ingatanku..kerana peristwa yg terjadi pada hari ini membuatkan aku terfikir-fikir murahkah harga diriku ini?adakah aku ini insan yang tidak menghargai diriku..

hari ini aku keluar ngn kwan, nak dijadikan cerita dia nk pergi tandas.puas kami cari tandas sekitar areal KL..trpksalah singgah kat satu tmpat..aku tnggu kwanku itu tepat dpan ngn sebuah hotel....

sorang lalu dpan aku,tengok..
sorang agi tengok jgak...
tengok n tngok n tngok...
smpai aku cam cacing kpanasan rimas situasi tu..
hingga sorang llaki india yg pndang cam org gila nafsu tngok aku..
"tunggu kwn k?".."nk kemana?".."a'ahh..tnggu kwan..nape pndang sy camtu?"
pastu aku jadi takut2x bila dia tngok kat aku...trus aku dduk jauh dri dia..

sampai satu masa sorang akak kuar dri hotel tu..dia tngok kat aku dan tngok kead aku yg mcm cacing kpnasan tu..
dia panggil aku dengan wajah seriusssss...
"dik tunggu kawan k?"..."a'ahh..nape akak?"
"adik dari mna?",,,sy student kak,nape yerr?"
"tadi lelaki tnya adik brape harga yer?"
"hahh..nape kak?hrga ape?"
"tu bapak ayam dik..perut gendut2x tu bapak ayam yg tngah cari ibu ayam tu"
"adik kena hati2x sikit dok sini,sini tmpat bapak2x ayam cari ibu ayam?"
"hahhhhhh...Ya Allah.ape nk buat ni..dia lmbat agi"..
"adik tahu x nape org2x laki yg lalu sini n tngok2x kat adik?"
"nape kak(ktakutan dan terkejut thap gilerr),?"
"diorang ingt adik ibu ayam tu..diorang xkira lah pompuan yg wara' k,pakai tudung kecik atau besar k...yg dtg kat sini sume diorang anggap ibu ayam"
"adik tngoklah org sekliling sini,keluar masuk dari pintu2x..tu diorang kuar dari sarang ngn ibu ayam la tu"(0o..tidakkkkk....dalm hati aku)
"akak ckp ni, sbb akak pon ibu ayam@pelacur..jadi akak xnk adik terjebak..
"akak bukan ape dik,akak tngok adik org baik2x..jadi akak xnk la ape2x jadi kat adik..,adik masuk dan duduk kat dpan kaunter hotel la..slmat sikit.."
"alhmdulillah..terima kasih kak coz bgthu saya..trima ksih sesangat.."
akak tu trus eret tngan aku n duduk kat dalm dpan kaunter...msa dok tu...tuhan aje tahu presaan aku..huwaaaaaa...hati menangis..lpas jauh dri tmpat tu aku nagis puas2x..astaghfirullahh...jauh2xkan lah..(kawasn tu dklilingi golongan cina n india..kalu ada org mlyu kat situ mnjdi suatu kpelikan n itu tndanya dia adalah???????..huhuhuhu..rmai dah ygtngok muka aku n anggap aku sbg ibu ayam..tidakkkkkk..umii...hukhukhukhukhuk..

aku xsangka benda ni jadi kat aku,kat negra aku sendri plak tu..ya Allah jauhilah aku dari kancah ini..aminnnn

Wednesday, March 31, 2010

punca2 pencmran Tasik Kejuruteraan

1.0 PENDAHULUAN
Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai pelbagai fakulti. Yang menarik minat kami untuk mengkaji fokus kajian kami ini ialah tasik yang berhampiran dengan kawasan Fakulti Kejuruteraan atau dikenali sebagai Tasik Kejuruteraan. Selain daripada berfungsi sebagai kawasan tadahan bagi melengahkan aliran ke Sungai Langat ia juga turut digunakan sebagai kawasan rekreasi air. Tasik ini turut digunakan oleh Fakulti Pendidikan bagi kursus asas kayak (canoeing). Oleh itu sewajarnya kualiti air tasik ini dipantau bagi memastikan ianya selamat digunakan, di samping memberi satu panorama yang menambah keindahan kampus. Ini termasuklah mengenalpasti punca- punca pencemaran yang memasuki tasik ini. Air limpahan tasik ini seterusnya mengalir ke Sungai Langat.

1.1 Latar Belakang Permasalahan Kajian
Pencemaran air telah mula kelihatan berlaku di Tasik Kejuruteraan dan kualiti airnya diandaikan tidak baik berdasarkan pandangan estetik. Antara penyebab pencemaran yang disyaki adalah projek pembinaan Kolej Kediaman Pelajar Kausar, atau sekarang dikenali dengan nama Kolej Pendeta Za’aba dan Kompleks Fakulti Teknologi Sains Maklumat (FTSM) yang melibatkan kerja pembersihan tanah serta aktiviti perniagaan di kantin dalam bangunan Fakulti Kejuruteraan serta blok-blok makmal di sepanjang saluran menuju ke tasik.

1.2 Objektif Kajian
i- Mengenal pasti punca-punca pencemaran air di tasik kejuruteraan.
ii- Mengukur tahap kualiti air di tasik kejuruteraan.

1.3 Lokasi Kajian
Tasik Kejuruteraan ini sebenarnya telah diubahsuai dari sebuah kawasan paya ke tasik buatan manusia pada tahun 1989. Airnya mengalir dari bukit yang berhutan di hulu ke dalam tasik dan air tasik kemudiannya mengalir ke Sungai Langat. Kawasan sekelilingnya telah dikembangkan menjadi taman rekreasi dengan lorong jalan kaki, pondok dan menawarkan aktiviti mengayak untuk pelajar dan warga kampus. Anggaran keluasan Tasik Kejuruteraan ini adalah kira-kira 1.8 hektar. Kedalamannya secara purata adalah 1.5 meter. Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) UKM bertanggungjawab ke atas pengurusan tasik ini dan ia juga bertanggungjawab memantau dan menjaga kebersihan tasik. Kini, pencemaran air telah mula kelihatan dan kualiti air disyaki menjadi semakin teruk. Nilai estetik di tasik kelihatan menurun saban hari dan pemandangan di tasik tidak menyenangkan mata.

Punca pencemaran boleh dibahagi kepada pencemar tentu dan pencemar tidak tentu (Krenkel & Novotny. 1980). Di Tasik Kejuruteraan, pencemar tentu yang dikenalpasti termasuklah hakisan permukaan tanah akibat projek pembinaan Kolej Kausar dan longkang Kompleks Fakulti Tenologi dan Sains Maklumat, kantin dan bangunan Fakulti Kejuruteraan. Menurut JPP, semua air buangan samada air dari makmal, tandas atau kantin disalirkan oleh paip pembentungan khas ke tangki kumbahan yang kemudiannya disalirkan ke kolam pengoksidaan kumbahan UKM untuk proses perawatan sebelum ia dialirkan ke Sungai Langat. Air larian hujan dan hakisan kelodak di sekeliling tasik merupakan pencemar tidak tentu.

2.0 ULASAN DARIPADA JURNAL DAN ARTIKEL
Terdapat banyak tasik semulajadi dan buatan dalam negara yang berfungsi sebagai punca utama sumber air untuk pelbagai kegunaan dan habitat kepada kehidupan akuatik. Pembangunan pesat telah menyebabkan banyak kawasan tadahan di hulu tasik menerima kesan signifikan ke atas kapasiti tasik, kualiti air dan aliran masuk. Tasik merupakan satu komponen penting dalam landskap Malaysia. Kebanyakan tasik di Malaysia unik kerana ianya tidak terbentuk menerusi proses semulajadi tetapi menerusi tinggalan aktiviti perlombongan dan pembinaan empangan air sama ada untuk tujuan bekalan air minuman, penjanaan tenaga dan pengairan.

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kualiti air tasik tersebut, membandingkannya dengan nilai interim kualiti air kebangsaan dan menganggarkan nilai indeks kualiti air beradarkan parameter. Kesan hari hujan dan hari kering ke atas kualiti air tersebut juga telah dinilai.

Dalam jurnal ini kaedah persampelan dan analisis dilakukan, begitu juga dengan kajian yang kami jalankan ini tentang punca-punca pencemaran di Tasik Kejuruteraan. Kajian dalam jurnal ini juga menjelaskan bahawa Sungai Langat mengalir bersebelahan dengan kawasan UKM Kampus Bangi dan sungai ini juga menerima air luahan dari beberapa saluran dan jasad air tertentu dalam kampus tersebut. Tasik ini telah dipilih sebagai kawasan kajian memandangkan kualiti airnya yang kelihatan tidak berapa menarik dan juga kerana ia menyumbangkan air luahan kepada Sungai Langat. Objektif kajian jurnal ini adalah meneliti sistem saliran ke Tasik Kejuruteraan, Kampus UKM, disamping menentukan kualiti air pada hari hujan dan membandingkannya bagi menentukan status pencemaran. Tasik Kejuruteraan ini sebenarnya telah diubahsuai dari sebuah kawasan paya ke tasik buatan manusia pada tahun 1989. Punca pencemaran boleh dibahagi kepada pencemar tentu dan pencemar tidak tentu. Di Tasik Kejuruteraan, pencemar tentu yang dikenalpasti termasuklah hakisan permukaan tanah akibat projek pembinaan Kolej Kausar dan longkang Kompleks Fakulti Tenologi dan Sains Maklumat, kantin dan bangunan Fakulti Kejuruteraan.

Menurut JPP, semua air buangan samaada air dari makmal, tandas atau kantin disalirkan oleh paip pembentungan khas ke tangki kumbahan yang kemudiannya disalirkan ke kolam pengoksidaan kumbahan UKM untuk proses perawatan sebelum ia dialirkan ke Sungai Langat. Pencemaran air berlaku adalah hasil dari aktiviti manusia sendiri. Antara punca utama pencemaran akibat aktiviti manusia yang menjurus ke arah pencemaran air ialah bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya malahan secara tidak bermoral ke dalam sungai-sungai.

Air larian hujan dan hakisan kelodak di sekeliling tasik merupakan pencemar tidak tentu. Kajian kualiti air ke atas Tasik Kejuruteraan ini dilakukan di lima lokasi yang telah ditentukan sebagai stesen pensampelan. Sistem saliran air ke Tasik Kejuruteraan telah dikaji dan menunjukkan bahawa parameter kekeruhan melampaui paras maksimum. Beberapa langkah untuk memperbaiki kualiti air dan keadaan saliran tasik serta sistem sumber air di kampus telah juga dicadangkan.

Selain daripada beberapa punca yang disebabkan oleh manusia, alam semulajadi juga boleh menyebabkan pencemaran air. Contohnya, ribut,taufan dan gempa bumi.sekiranya ini berlaku, secara tidak langsung kualiti air pada sungai dan tasik akan terjejas. Penulis menjelaskan lagi bahawa, pemusnahan terhadap alam sekitar yang serius seperti penebangan pokok-pokok di hutan dengan tujuan komersial dan juga untuk pembukaan penempatan baru.

Hujan asid juga boleh menjurus kepada berlakunya pencemaran air. Hujan asid mengandungi sulfur dioksida dan juga nitrogen dioksida ini boleh mengakibatkan eutrokasi dan boleh membunuh akuatik.

Tumpahan minyak serta pengilangan hasil-hasil disalirkan ke dalam sungai-sungai. Disamping itu, banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.

Menurut Beatrix E. Beisner, Lisa Dent dan Stephen R. Carpenter dalam kajian yang telah dilakukan menyatakan bahawa fosforus, karbon organik terlarut dan makanan hidupan tasik seperti ikan dan katak memberi peranan terhadap perubahan pada tasik.
Jika diperhatikan, kebanyakan tasik seperti tiada nilainya sekarang kerana kebanyakan tasik yang ada semakin terbiar dan tertimbus disebabkan banyaknya pembinaan yang sedang dijalankan ataupun terbiar sehingga berlakunya fenomena Eutrofikasi yang serius. (Eutrofikasi ialah status penanda aras tasik yang mengalami penambahan ketara bahan nutrien yang akhirnya menggalakkan pertumbuhan rumpai air sehingga memenuhi dasar dan permukaan tasik). Keadaan ini menyebabkan ekosistem tasik tidak lagi seimbang, pengurangan kandungan oksigen dan kepupusan hidupan air khususnya ikan. Penjagaan oleh orang yang bertanggungjawab terhadap ekosistem dan kualiti air tidak sangat dititikberatkan, tetapi lebih kepada pengindahan landskap persekitaran tasik.

Dinyatakan juga di dalam kajian tersebut bahawa limpahan rumpai air atau aras klorofil adalah kesan daripada lebihan fosforus, karbon organik terlarut dan makanan hidupan tasik . Bagi mendapatkan hasil kajian, pengkaji telah mencipta model tasik yang mempunyai kandungan klorofil bertujuan untuk mengenalpasti perubahan tasik disebabkan faktor iklim samaada ia memberi kesan pengubahan pada keadaan klorofil dalam tasik tersebut ataupun tidak. Kajian mereka mendapati kemasukan fosforus menjadi faktor terpenting bagi aras kandungan klorofil dalam tasik, namun karbon organik terlarut dan makanan hidupan tasik turut menjadi faktor terpenting kepada keseimbangan klorofil pada tasik.

Kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu masalah sosial yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Mengumpul Data atau Kaedah Temubual
Untuk mengenal pasti punca-punca pencemaran yang melanda tasik kejuteraan, pengkaji mendapatkan data melalui jurnal, artikel, keratan akbar dan mengadakan sesi temubual dengan seorang timbalan pengarah Jabatan Pengurusan dan Pembangunan (JPP) iaitu yang bertanggungjawab keatas pembinaan tasik kejuteraan. Daripada keseluruhan sumber-sumber yang kami perolehi telah membincangkan tentang punca-punca pencemaran air di tasik buatan, yang mana melalui sumber-sember tersebut dapat membantu pengkaji dalam mencapai objektif kajian iaitu mencari punca-punca pencemaran air di Tasik Kejuteraan.

Temubual bersama responden pula diadakan pada hari Isnin bertarikh 25 Januari 2010, bertempat di pejabat Timbalan Pengarah JPP, alat perakam digunakan bagi merekodkan perbualan. Sebelum memulakan perbualan, pengkaji memperkenalkan diri, kemudian disusuli dengan beberapa soalan yang berkaitan dengan kajian. Antara soalan yang dikemukakan kepada responden seperti; pendapat responden tentang tasik Kejuruteraan sekarang, punca-punca utama pencemaran yang menyebabkan tercemarnya Tasik Kejuruteraan dan orang yang bertanggungjawab ke atas Tasik Kejuruteraan. Sesi temubual berlangsung lebih kurang selama setengah jam, iaitu bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.45 pagi.

3.2 Analisis Data
Selepas semua jurnal-jurnal dikaji dan mengadakan temubual bersama Timbalan Pengarah JPP iaitu En Ghani. Punca-punca utama pencemaran tasik kejuteraan dapat dikenal pasti, antara punca-punca utama ialah projek pembinaan yang berhampiran, oleh yang demikian, minyak-minyak daripada jentera yang digunakan mengalir terus ke tasik sehingga mengakibatkan gangguan ekosistem di dalam tasik Kejuruteraan UKM. Kenyataan ini boleh dirujuk pada lampiran dalam Rajah 9 dan Rajah 10. Hakisan tanah yang menyebabkan sebahagian tasik tertimbus, rujuk Rajah 13 dan Rajah 14. Mengikut temubual yang telah dijalankan, Timbalan Pengarah JPP menjelaskan bahawa pembinaan tersebut bertujuan untuk penambahbaikan Fakulti Kejuruteraan.

Punca yang lain juga adalah melibatkan air kumbahan daripada blok kejuruteraan, makmal-makmal dan aktiviti perniagaan di kantin kejuteraan yang mana salurannya juga terus ke tasik. Rujuk Rajah 7, tong sampah yang berdekatan dengan longkang boleh menyebabkan longkang tersebut tersumbat, kerana apabila hujan, cebisan sampah dan sisa air daripada tong sampah mengalir bersama air hujan terus ke longkang (Rujuk Rajah 3 dan Rajah 5).

Selain itu, menurut Timbalan Pengarah JPP lagi faktor lain yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut ialah kegiatan aktiviti manusia. Oleh kerana sikap pengguna atau pengunjung itu sendiri yang mana berdasarkan kepada pemerhatian jelas menunjukkan bahawa mereka semua telah membuang sampah di merata- rata tempat secara tidak bermoral sehinggakan sampah sarap atau bahan domestik tersebut masuk ke dalam tasik. Keadaan ini amat mendukacitakan kerana sikap mereka ini telah menyebabkan keindahan kawasan di sekitar Tasik Kejuruteraan itu terjejas bahkan,hilangnya daya tarikan. Jika keadaan ini berlaku secara berterusan tanpa ada pengawalan daripada pihak- pihak yang tertentu, ia boleh memberi kesan yang negatif terhadap tasik tersebut, disini kita ambil sebagai contoh kurangnya tarikan pengujung untuk pergi ke tasik tersebut untuk melakukan aktiviti- aktiviti seperti berjoging atau bersenam, berkayak, pelbagai jenis program samaada anjuran kolej- kolej, fakulti- fakulti dan lain- lain. Kenyataan ini disokong berdasarkan sumber dapatan kajian kami melalui gambar pada Rajah 1 dan Rajah 2.

4.0 PERBINCANGAN DAPATAN TEMUBUAL

4.1 Analisis Temubual
Berdasarkan temubual bersama Timbalan Pengarah JPP, kami dapati bahawa Timbalan Pengarah tersebut sebenarnya juga tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dengan apa yang telah terjadi dengan tasik itu sekarang. Beliau telah menyatakan ketidakpuasan hati berkenaan dengan Tasik Kejuruteraan kerana pencemaran yang berlaku seperti sekarang akan memberi impak yang besar dan juga kesan yang sangat buruk untuk keindahan dan kecantikan sekitar tasik itu. Keadaan ini bukan sahaja melibatkan kampus UKM saja, bahkan menjadi ancaman kepada Sungai Langat yang mana terpaksa menerima air kumbahan yang telah disalurkan oleh paip pembentungan khas tangki kumbahan.

Jika keadaan ini sentiasa berterusan, ia juga akan mencemarkan dan merosakkan kualiti air di sungai tersebut di samping dapat memusnahkan hidupan yang ada di dalam sungai itu. Hal ini kerana, air kumbahan yang disalirkan itu mengandungi bahan buangan manusia, serbuk pencuci pakaian dan bahan pencuci atau bahan sampingan daripada kegiatan industri. Pada keadaan biasa, bakteria mengekalkan paras oksigen yang diperlukan untuk respirasi haiwan. Akan tetapi, jika kemasukan bahan kimia lebih tinggi dan molekul bahan cemar mugkin akan diserap oleh penhuni sungai dan diedarkan menerusi kitaran makanan kepada banyak organisma lain (Pelangi Library, 1998: 18).

Sebenarnya, dalam air sungai terdapat bakteria yang di dalamnya yang secara perlahan- lahan mereputkan bahan organik daripada hidupan dan tumbuhan yang telah mati. Bakteria ini memasuki sungai secara terus atau melalui air kumbahan tersebut. Oleh itu, bagi membolehkan proses pereputan ini, bakteria tersebut memerlukan oksigen dari air sungai itu. Bakteria ini dikenal sebagai aerob (Pelangi Library, 1998: 19).

Antara soalan yang ditanya kepada Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangun ialah:
1. Bolehkah Encik Ghani menceritakan serba sedikit latar belakang Tasik Kejuruteraan UKM?
Jawapan: Asal kawasan Tasik Kejuruteraan adalah kawasan berpaya. Pada mulanya kawasan Kejuruteraan itu hendak dibina Dewan Gemilang, malangnya disebabkan kawasan tersebut berpaya dan memerlukan kos yang tinggi untuk melakukan penimbusan paya tersebut, pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan telah mengambil inisiatif untuk membina tasik Kejuruteraan sebagai kawasan rekreasi kepada pelajar-pelajar. Tasik Kejuruteraan dibina pada tahun 1991.

2. Apakah pandangan Encik terhadap punca pencemaran Tasik Kejuruteraan UKM?
Jawapan: Antara punca utama tercemarnya Tasik Kejuruteraan UKM yang dapat dikenalpasti ialah yang pertama, pencemaran hasil dari kerja-kerja binaan bangunan yang baru di kawasan Fakulti Kejuruteraan yang berhampiran dengan tasik tersebut. Kedua, pembuangan Domestik iaitu sampah sarap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab iaitu pengunjung Tasik Kejuruteraan sendiri. Ketiga, sikap ketidak tanggungjawaban pihak kantin yang kedudukannya antara Tasik Kejuruteraan dengan Fakulti Kejuruteraan. Sisa-sisa makanan, sampah sarap, dan miyak dari kantin merupakan antara punca pencemaran tasik tersebut.

3. Bolehkah Encik menjelaskan dengan lebih terperinci tentang punca pencemaran tasik dari hasil pembinaan dan kantin yang berdekatan?
Jawapan: Dari pembinaan yang dijalankan menyebabkan berlakunya hakisan tanah disebabkan pokok-pokok ditebang dan tanah diratakan kerana kawasan binaan tersebut adalah kawasan berbukit iaitu terletak atas yang berhampiran dengan Tasik Kejuruteraan. Selain itu, jentera yang digunakan untuk membina turut menjadi punca pencemaran, dimana jentera yang melakukan kerja-kerja binaan tertumpah minyak lalu mengalir ke tasik pada bahagian yang berhampiran. Minyak tersebut bukan sahaja memberi kesan buruk kepada ekosistem tasik tersebut malahan, tanaman-tanaman yang ditanam khas untuk menambahkan tarikan pengunjung turut mengalami kesannya.
Kantin yang berdekatan dengan tasik tersebut turut menjadi punca pencemaran, ini kerana bukan sahaja minyak dari jentera malahan juga dari kantin yang berdekatan. Pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan pernah memberi surat amaran agar pihak kantin tersebut dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan alam sekitar di kawasan tersebut. Namun pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan melahirkan rasa kecewa, ini kerana surat amaran yang dihanatr tidak memberi apa-apa kesan pada kantin tersebut. Bukan itu sahaja sisa-sisa makanan yang dibuang di merata-rata turut berpunca dari kantin tersebut.

4. Adakah sebelum pembinan ini Tasik Kejuruteraan telah mengalami pencemaran?
Jawapan: Sebelum adanya kerja-kerja binaan dilakukan pencemaran tidak berlaku di Tasik Kejuruteraan.

5. Pihak Encik menyatakan bahawa sebelum berlakunya kerja-kerja binaan tidak berlaku pencemaran tapi, kenyataannya ada aduan yang mengatakan ada bau yang tidak menyenangkan disekitar tasik tersebut. Jadi apa pandangan Encik tentang perkara tersebut?
Jawapan: Pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan akui akan perkara tersebut. Bau yang tidak menyenangkan itu adalah berpunca dari kumbahan yang berdekatan dengan tasik. Kumbahan yang berdekatan tasik tersebut disaring terlebih dahulu sebelum lebihan air yang disaring dilepaskan ke Tasik Kejut yang kemudian terus mengalir menuju ke Sungai Langat. Lebihan air tersebut tidak menghilangkan bau dan bau yang tidak mneyenangkan tersebut adalah kebihan air kumbahan yang disaring.
6. Apakah ada usaha dari Pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan untuk mengindahkan kembali tasik yang merupakan kawasan rekreasi?
Jawapan: Encik Ghani menyatakan bahawa usaha untuk memulihara semula tasik ke arah yang lebih baik memang ada dilakukan. Antaranya usaha tersebut ialah mewujudkan perangkap selut yang mana ianya digunakan untuk menyekat selut. Dengan adanya perangkap selut tersebut, ia telah memudahkan proses menggali tanah yang tertimbus disebabkan oleh hakisan tanah.

5.0 KESIMPULAN KAJIAN.
Setelah meneliti beberapa jurnal dan artikel hasil kajian yang lepas dan juga kajian yang telah kami jalankan, kami dapati kualiti air di Tasik Kejuruteraan yang terletak berhampiran dengan Fakulti Kejuruteraan itu didapati tercemar. Ini bertepatan dan bersesuaian dengan tujuan ataupun objektif utama kenapa kami lakukan kajian terhadap tasik tersebut. Antara tujuan ataupun objektif utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti punca- punca pencemaran air di tasik tersebut dan mengukur tahap kualiti air tasik itu.

(maaf..lmpiran gmbr xdpt dltakkn buat smntra wktu..mslh teknikal)

Sunday, March 28, 2010

MUKTAZILAH



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kita seharusnya memulakan perbincangan kita dan menjelaskannya kembali kenapa dengan golongan Muktazilah. Bahagian ini diletakkan dalam keadaan emergensi ketika abad pertama yang terkemudian atau ia sebenarnya bermula pada abad yang kedua. Secara jelasnya, ilmu Kalam sepertimana aliran-aliran yang lain, yang mana maju secara beransur-ansur dan perlahan untuk mencapai tahap kematangan.

Pertama sekali, kita seharusnya menjelaskan tentang kepercayaan Muktazilah yang paling utama, atau apa yang lebih baik untuk diperkatakan ialah suatu yang menjadi asas atau dasar yang menunjukkan ke arah sesuatu yang paling nyata dalam pemikiran-pemikiran aliran mereka. Yang kedua, kita harus mengambil kira dengan lebih baik tentang kemunculan pemikiran Muktazilah dan berbincang tentang takdir atau nasib dalam sejarahnya. Kemudian kita harus mengambil kira perkara utama mengikut peralihan dan perubahan pemikiran dan kepercayaan mereka.

Terdapat banyak pegangan Muktazilah, dan ia tidak menyempitkan dalam masalah keagamaan, atau yang mana mereka merujuk kepada bahagian yang sangat penting iaitu takdir atau nasib. Mereka meliputi penomboran dari segi fizik, sosial, antropologi, dan isu-isu falsafah, yang mana tidak mengikuti secara terus dengan takdir. Bagaimanapun, ada juga relevennya dalam masalah ini kepada agama dan kepercayaan Muktazilah, dan juga mana-mana yang berkaitan persoalan ataupun siasatan tentang masalah keagamaan ia tidak mungkin tanpa mempelajari mereka.

Muktazilah merupakan aliran yang sangat terkenal dengan akidah Islam. Ia mempunyai manhaj atau pendekatan tersendiri dalam memahami dan menanggani dasar akidah Islam. Mereka mempunyai lima doktrin iaitu asas agama utama atau dikenali juga sebagai usul Khamsah, yang menjadi pegangan seluruh ahlinya iaitu:

i) Konsep Tauhid atau keesaan Allah, sebagai contoh : keesaan yang dianuti oleh golongan Muktazilah ialah keesaan yang mutlak kerana menurut pendekatan akal hakikat keesaan hakiki yang sesuai bagi Allah haruslah dijelaskan dari sebarang unsur atatu aspek yang boleh mengelirukan. Muktazilah menafikan sifat Allah berasingan dari Zat walaupun al-Quran sendiri menyatakan bahawa Allah bersifat dengan sifat-sifat tersebut. Muktazilah menetang kuat tentang banyaknya sifat-sifat Allah apabila diasingkan dari zat. Sifat azali yang dimiliki Allah seperti sifat ilmu, hidup, mendengar, melihat yang bukan Zatnya. Bagi mereka kewujudan sifat-sifat yang azali dan berasingan daripada zat boleh membawa kepada pengisbatan hakikat azali yang banyak, sedangkan ia bertentangan bahawa Allah bersifat mutlak iaitu tidak berbilang-bilang.

Muktazilah tidak menafikan nusus-nusus Quran yang menjelaskan tentang sifat-sifat tersebut tetapi mereka menolak adanya sifat-sifat Allah yang azali berasingan dari zat-Nya. Oleh itu mereka takwilkan maksud nusus-nusus tersebut mengikut kefahaman akal.

ii) Keadilan (’adl), sebagai contoh : hanya tuhan sahaja dan tuhan tidak menindas makhluk yang diciptaNya. Allah Maha Adil dan keadilanNya mengharuskan manusia memiliki kekuasaan untuk membuat sesuatu mengikut kehendaknya sendiri.

iii) Perkara yang berkait dengan hukuman atau balasan tuhan (Al-Wa’d wa Al- Wa’id) juga diberi maksud janji dan ancaman. Janji dan ancaman Allah adalah sesuatu kepastian adanya Contohnya: Tuhan telah memastikan ganjaran kepada orang yang melakukan ketaatan kepadaNya dan menentukan hukuman atau balasan kepada orang yang tidak mentaatiNya, dan ia juga adalah tidak pasti tentang itu.

iv) Manzilah Bayna al-Manzilatayn (satu kedudukan diantara dua tempat). Maksudnya orang yang Fasiq, (contoh, seseorang yang telah melakukan satu dosa besar seperti minum arak, berzina, atau penipu dan sebagainya). Mengikut kedua-dua kepercayaan, percaya mereka tetap mukmin dan bukan kafir. Fisq ialah orang tengah atau perantara antara kepercayaan atau kecurangan.


v) Al-’amr bil ma’ruf wa al-nahy ’an al-munkar [ cuba untuk buat benda yang baik menurut undang-undang, dan mengerunkan apa yang dilakukan kesalahan dan bukan kerana undang-undang]. Muktazilah menempatkan pelaku dosa besar dalam keadaan antara mukmin dan kafir, iaitu fasik. Menurut pandangan Muktazilah tentang kewajipan Islam ialah, pertamanya, bahawa syari’ah tidak memberi makna yang khusus atau mengenalpasti tentang perkara makruf dan munkar. Ini membolehkan manusia memberi sebab, sekurang-kurangnya sikap berat sebelah, dan bebas dalam mengenalpasti pelbagai kebaikan yang terdapat pada perkara-perkara makruf dan mungkar. Kedua, pelaksanaan kewajipan ini bukan sahaja memerlukan adanya Imam atau ketua, dan ia adalah meliputi kewajipan bagi semua yang bergelar muslim, tidak kira samaada Imam atau ketua pada masa sekarang ataupun bukan. Hanya sesetengah kategori yang terdapat pilihan Imam atau penguasa bagi orang-orang muslim, sepertimana yang melibatkan hukuman (hudud) yang telah ditentukan oleh syari’ah, pengawalan sempadan negara-negara Islam dan masalah-masalah lain mengikut pemerintahan Islam.

Kadang kala, Kalam Muktazilah banyak menumpukan kepada perbincangan secara terbuka dalam lima asas agama yang utama bagi mereka, antara yang terkenal adalah al-Usul al-Khamsah menurut al-Qadi ’Abd al-Jabbar al-Astarabadi (d. 415/1025), Muktazilah pada masa kini iaitu al-Sayyid al-Murtada ’Alam al-Huda dan al-Sahib ibn ’Abbad (d. 385/995).

Sebagaimana yang boleh dinyatakan, hanya keutamaan Tawhid dan Keadilan sebagai bahagian asas agama yang penting dan utama. Tiga yang menjadi keutamaan yang selebihnya itu pula adalah hanya kerana pada zaman mereka mempunyai ciri-ciri Muktazilah. Dari sudut keadilan tuhan, meskipun bangsa benar-benar menyokong berdasarkan al-Quran dan kepercayaan, bahagian ini memerlukan bahagian akidah Islam dan asas agama atau doktrin, yang mana ia telah menjadikan satu daripada lima asas agama yang lebih utama kerana adanya ciri-ciri Muktazilah atau kepercayaan sebaliknya dalam pengetahuan Tuhan dan kekuasaan yang sangat memerlukan bahgian akidah Islam dan doktrin-doktrin yang utama.

Dalam akidah Syiah juga mengutamakan keadilan tuhan, iaitu satu daripada lima asas agama yang menjadi keutamaan. Ia merupakan persoalan yang biasa timbul dan tidak khusus tentang keadilan tuhan yang harus diambil kira. Di antara kepentingan doktrin iaitu pemikiran tentang keadilan yang mana ia hanya sifat ketuhanan. Tidak ada satu pun sifat yang menyamai sifat tuhan dan hanya Allah yang Maha mengetahui segala hal, Maha Agong, tuhan yang hidup, tuhan yang Maha memahami, Maha mendengar dan Melihat. Semua ini dianggap sebagai sifat keadilan yang menjadi kepentingan akidah. Jadi kenapakah sifat keadilan ini terkenal sebagai sifat ketuhanan?.

Jawapan bagi persoalan bahawa keadilan tidak terlalu melebihi selain sifat atau ciri-ciri ketuhanan. Syiah mutakallimun mempunyai keistimewaan yang mana menyebut tentang keadilan diantara doktrin utama Syiah oleh kerana Ashairah. Yang mana dikalangan mereka adalah kabanyakan dari Ahl al-Sunnah- ia termasuk juga dalam penafian pada sifat-sifat dan ciri-ciri ketuhanan, bagaimanapun mereka tidak menolak sifat-sifat seperti mengetahui, hidup, berkehendak dan sebagainya. Berdasarkan daripada ini, keadilan dapat diambil kira secara khususnya doktrin atau ajaran asas agama Syiah begitu juga ajaran Muktazilah. Daripada penjelasan diatas telah menyebutkan tentang lima asas agama yang utama ia terdiri daripada kedudukan yang asas bagi Muktazilah darisegi pendapat Kalam, selain itu, sebagaimana yang diperkatakan sebelum ini kepercayaan Muktazilah tidak hanya tertumpu kepada lima asas agama yang meliputi linkungan bidang besar yang pelbagai dan ia terdiri daripada ilmu ketuhanan atau teologi, fizik, sosiologi dan antropologi. Dalam semua bidang ini mereka memegang kepercayaan yang khusus, dan berbincangan tentang perkara yang luar daripada bidang penyelewengan dalam syarah ini. Ibni Taimiyyah merupakan tokoh yang terkemuka dan mendokong fahaman salaf dan Imam Abu Zahrah adalah tokoh yang terkenal dalam perundangan Islam. Mereka mengakui bahawa Muktazilah sebahagian orang Islam, beriman dengan akidah Quran dan berjihad bersungguh-sungguh mempertahankannya. Penjelasan ini dengan sendirinya menolak pandangan golongan yang mengatakan bahawa Muktazilah telah keluar dari jamaah Islam atau menyeleweng dan kafir. Golongan ini memberikan keutamaan kepada akal dalam memahami dan menyelesaikan masalah akidah, maka pandangan mereka merupakan pembaharuan yang menonjol dalam akidah Islam.

uluhiyyah dan rububiyyah

TAUHID DAN JENIS-JENISNYA

Tauhid berasal dari kalimah ”wahhada” kemudian ”yuwahhidu seterusnya ”tauhid” yang bermaksud mengEsakan. MengEsakan Allah mempunyai banyak sudut yang dapat ditinjau iaitu dari sudut perbuatan Allah, sifat-sifat dan nama-nama Allah atau dari sudut perbuatan manusia. Disebabkan sudut tersebut maka tauhid telah dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

1) Tauhid Rububiyyah (توحيد الربوبية )

2) Tauhid Uluhiyyah (توحيد الألهية / توحيد العبادة )

3) Tauhid Asmaa Wa Assifaat ( توحيد الأسماء والصفات )

Berdasarkan penelitian yang dilakukan secara menyeluruh terhadap dalil-dalil yang tedapat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, sebagaimana ulama nahu telah membahagikan kalimat di dalam bahasa arab menjadi tiga iaitu, isim, fi’il, dan huruf, berdasarkan penelitian menyeluruh terhadap kalimah-kalimah yang ada di dalam bahasa arab. [1]

2.1 TAUHID RUBUBIYYAH

Perkataan Rububiyyah berasal dari perkataan Rabb (رب ) yang memberi maksud mencipta, yang memiliki, yang memelihara dan yang mengurus sekalian alam. Dari segi bahasa, Rububiyyah berasal dari kata “Rabbun” yang bermaksud “Al-Maalik dan Al-Mudabbir” iaitu penguasa, pemilik dan pengatur. Dia juga Maha penguasa dan Maha Pengatur seluruh mekanisme ynag bergerak dan segala hajat makhlukNya, yang mana Allah adalah pelaku mutlak dalam setiap kejadian.[2] Tauhid rububiyyah memberi erti keyakinan seseorang bahawa Allah sahaja yang mencipta seluruh alam ini, Allah yang menurunkan rezeki dan hujan, Allah yang memelihara dan mengatur seluruh alam, Allah yang menghidupkan dan mematikan, tauhid rububiyyah adalah tauhid yang membahaskan tentang perbuatan Allah.[3] Rububiyyah juga memberi makna menunggalkan Allah dalam sifat ketuhanan Rububiyyah iaitu sifat yang hanya ada padaNya sahaja.[4] Dalam konteks tauhid rububiyyah, tidak ada perbezaan di antara orang musyrik iaitu orang yang menyekutukan Allah dengan makhluk yang lain dengan seorang muslim. Mengikut fahaman Ibnu Taimiyyah dan kuncu-kuncunya orang musyrik termasuk dalam golongan ahli tauhid yang dikategorikan dalam ahli tauhid rububiyyah dan tidak pada tauhid uluhiyyah. Syirik dan tauhid kerana ia merupakan dua perkara yang bertentangan yang tidak mungkin dapat disatukan.[5]

Seseorang yang mempunyai keyakinan dengan perbuatan Allah itu bermakna ia telah memiliki tauhid rububiyyah dalam dirinya. Walaupun begitu keyakinan yang di miliki belum tentu menjamin memasukkan seseorang Islam ke dalam Islam kerana tauhid jenis ini iaitu rububiyyah merupakan jenis tauhid yang dimiliki oleh semua umat yang beragama Yahudi, Nasrani, Majusi, Hindu bahkan penyembah berhala pada zaman jahiliah yang lampau. Hanya golongan yang anti tuhan sahaja tidak mempunyai tauhid jenis ini seperti golongan Komunis. Al-Quran menerangkan tentang hakikat ini dengan menggambarkan keadaan orang-orang musyrikin yang menyembah berhala :[6]

”9. dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" siapakah Yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".[7]

Sifat-sifat Rububiyyatullah yang hanya menjadi hak Allah Tuhan alam semesta sahaja, antaranya ialah:

1) al-Khalq atau Penciptaan

2) al-Razq atau Pencipta dan Pemberi Rezeki

3) al-Mulk atau Pemilik kuasa dan urusan yang memastikan sifat-sifat

4) al-Mattah atau Pencipta mati

5) al-Ihya atau Pencipta hidup

6) al-Naf atau Pemberi manfaat

7) al-Darr atau Penolak mudarat

8) al-I’zaz atau Pemberi kemulian

9) al-Idlal atau Pemberi Kerendahan

Tauhid Rububiyyah merupakan tauhid yang paling hampir kepada naluri semulajadi. Orang kafir Quraisy Makkah mengetahui dan mengakui sifat-sifat rububiyyah ini. Tetapi pengetahuan dan pengakuan disekutukan dengan sesuatu yang selain Allah. Oleh itu mereka mentauhidkan Allah dalam konsep yang sebenar.[8]

2.2 TAUHID ULUHIYYAH

Perkataan Uluhiyyah diambil daripada perkataan Al-Ilah (الاله ) maksudnya ialah yang disembah ( المعبود ). Oleh kerana itu tauhid Uluhiyyah dinamakan juga dengan tauhid ibadah. Dari segi istillah, agama tauhid Uluhiyyah bermakna keyakinan kita bahawa hanya Allah yang berhak disembah dan dia tidak boleh disekutukan dengan apa pun juga. Tauhid ini juga yang membezakan antara orang muslim dengan orang musyrik. Walaupun orang Yahudi menyakini bahawa Allah yang mencipta, menghidup dan mematikan makhluk namun mereka tidak bergelar muslim kerana penyekutuan yang mereka lakukan. [9]

Ibnu Taimiyah menyatakan bahawa Tauhid inilah yang membezakan orang yang bertauhid murni dengan orang musyrik. Barangsiapa yang tidak memenuhi kriteria tauhid Uluhiyyah maka ia masih terikat ke dalam kemusyrikan.[10]

Tauhid Uluhiyyah merupakan natijah yang tabi’i dan semestinya dari tauhid Rububiyyah. Pengakuan hanya dengan Tauhid Rububiyyah tidak diakui oleh Islam, kerana tauhid ini juga yang diakui oleh iblis dan golongan kafir. Apabila adanya pengakuan dengan tauhid Uluhiyyah maka semestinya mengandungi pengakuan pada tauhid Rububiyyah, dan kedua-dua tauhid ini diakui selagi mana ia mengakui dengan sebenarnya tauhid Zat, Asma’, Sifat.

2.3 TAUHID ZAT, ASMA’, SIFAT DAN AF’AL

Tauhid Zat, Asma’, Sifat dan Af’al ialah menunggalkan Allah pada semua perkara dan tidak menyerupai sesuatupun. Ketunggalan Allah atau Ahadiyatullah, ketunggalan Allah memastikan samadiyatullah iaitu Dialah sahaja yang menjadi tumpuan segala hajat dan pengharapan. Ketunggalan Allah memastikan penafian.

Mentauhidkan Zatullah ialah beriktikad bahawa Allah ialah Zat Yang Maha Esa lagi Maha Tunggal. Mentauhidkan Asma’ullah ialah mengiktikad bahawa Allah telah menamakan Diri ZatNya sendiri dengan nama-nama yang disukai dan diredai. Mentauhidkan Af’alullah ialah mengiktikadkan bahawa Allah telah mensifatkan DIRINYA dengan sifat-sifat Maha Tinggi, Maha Sempurna, lagi Mha Suci, tiada kekurangan, kelemahan dan tidak menyerupai sesuatupun sifat makhluk.[11] Dengan kata lain semua nama dan sifat Allah adalah tauqifyyah iaitu terhenti hanya dari dua sumber tersebut sahaja sama ada ithbat (menetapkan) ataupun nafi (menidakkan). Kita tidak boleh mengithbatkan atau menafikan nama dan sifat Allah kecuali apa yang dinafikan atau diithbatkan oleh al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.[12]

3.0 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN

Semasa zaman Ibnu Taimiyyah dunia Islam berada dalam keadaan hancur, samaada dari segi politik, sosial mahupun agama. Pusat kekuasaan politik Islam, Baghdad hancur oleh tangan penakluk Mongol, hulagu. Kerajaan Islam yang ada pada umumnya lemah kerana pertentangan-pertentangan di dalam.

Kehidupan keagamaan turut mengalami kerosakan. Kepercayaan khurafat dan takhlid sudah melanda dunia Islam. Pemujaan kuburan wali dan penghormatan yang berlebih-lebihan terhadap orang yang mereka anggap suci telah merosakkan sebahagian akidah orang Islam. Kehidupan intelektual kaum muslim diwarnai oleh pertentangan-pertentangan yang tidak berguna dalam masalah-masalah fiqih, iman dan ketuhanan disertai dominasi pengaruh Helenistik.

Dalam keadaan kerajaan Islam lemah, lahir seorang tokoh pembela As-Sunnah iaitu Ibnu Taimiyyah. Ibnu Taimiyyah menyakini bahawa semua keruntuhan yang itu disebabkan umat Islam telah menjauhi Al-Quran, As-Sunnah dan Salaf sahih. Dengan senjata naql dan akal yang tajam, ia membuka serangan ke segala arah yang dianggap menyeleweng. Filosof sufi, fuqaha, mutakallimun bahkan Al-Ghazali tidak terlepas dari serangannya dan hanya ahli hadis yang tidak kena serangannya. Kadang-kadang ia membenarkan filosof dan menyalahkan mutakallimin, serta menganggap mereka melakukan bid’ah kerana menolak falsafah yang benar.[13]

Imam Ahmad Ibn Hanbal, merupakan tempat sandaran bagi orang-orang yang melakukan pembahagian tauhid yang dikatakan bid’ah yang direka oleh Ibn Taimiyyah kerana beliau mendakwa dirinya bermazhab Hanbali. Begitu juga puak yang pengembangnya iaitu wahhabi. Imam Ahmad Ibn Hanbal tidak pernah menyatakan bahawa tauhid mempunyai pembahagian.

Kaum Musyrikin mengakui bahawa hanya Allah sahaja pencipta bagi segala sesuatu, pemberi rezeki, pemilik langit dan bumi dan juga pengatur alam semesta. Walaupun begitu, mereka menetapkan berhala-berhala yang mereka sembah diangggap sebagai penolong yang mereka bertawassul dengan berhala-berhala tersebut dan menjadikan mereka pemberi syafaat. Kerana perbuatan tersebut, maka mereka tetap dalam keadaan musyrik sebagaimana Allah berfirman:

106. dan (orang-orang Yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukanNya juga Dengan Yang lain.[14]

Sebahagian ulama Salaf berkata bahawa :” Jika kalian tanyakan pada mereka siapa yang menciptakan langit, bumi dan gunung-gunung? Mereka pasti menjawab ’Allah’. Walaupun demikian mereka tetap menyembah selain Allah.[15]

Perkataan tawassul mempunyai tiga makna, yang mana ulama bersepakat tentang dua makna antaranya. Pertama, yang merupakan dasar iman dan Islam, iaitu melalui iman kepada Rasulullah dan ketaatan padanya. Kedua, makna ini disepakati oleh kaum muslim iaitu barangsiapa menolak tawassul maka ia kafir murtad. Barangsiapa yang menolak doa, syafaat dan manfaatnya bagi kaum Muslimin, maka ia kafir. Orang-orang Musyrik menyukutukan tuhan-tuhan lain selain Allah menyatakan bahawa tuhan-tuhan mereka itu diciptakan tapi, mereka jadikannya sebagai tempat meminta syafaat dan menyembahnya untuk mendekatkan diri kepada Allah.[16]

Menurut ajaran agama Islam dan Ijma’ para ulama Salaf perbuatan menyeru orang mati adalah tidak dianjurkan. Rasulullah dan para sahabat tidak pernah mengajar supaya mendoa atau menyeru malaikat, para Nabi dan orang-orang shalih serta memohon syafaat kepada mereka setelah mereka meninggal. Perbuatan seperti ini termasuk bid’ah yang diada-adakan. Terdapat jua Bid’ah yang tidak diwajibkan atau dianjurkan adalah Bid’ah yang buruk, dan suatu kesesatan(dhalalah). Sekiranya terdapat Bid’ah yang dikatakan sebahagian Bid’ah itu baik (hasanah), itu bermaksud Bid’ah tersebut mempunyai dalil syar’i bahawa ia dianjurkan.[17]

Tauhid Rububiyyah diakui oleh semua orang, tidak ada ummat manapun yang menyangkalnya, bahkan hati manusia sudah difitrahkan untuk mengakuinya melebihi fitrah pengakuan terhadap yang lain-Nya. Orang yang paling dikenali dengan pengingkarannya adalah Firaun. Namun hatinya tetap menyakini terhadap keberadaan Allah. Allah juga menceritakan tentang Firaun dan kaumnya (dalam surah An-Naml: 14).

Tauhid ini tidak memberi manfaat bagi orang yang mengimaninya kecuali sekiranya dia diberi petunjuk untuk beriman kepada dua Tauhid yang lain iaitu Tauhid Uluhiyyah dan Asma’ dan Sifat. Imam Ibnul Qayyim berkata: ” Seandainya keimanan kepada Tauhid Rububiyyah ini sahaja dapat menyelamatkan, tentunya orang-orang Musyrik diselamatkan. Akan tetapi, urusan yang amat penting dan menjadi penentu adalah keimanan Tauhid Uluhiyyah yang membezakan orang-orang Musyrik dan orang-orang yang mentauhidkan Allah”.[18]

4.0 PERKEMBANGANNYA PADA MASA KINI

Pihak Panel Penyelidikan Yayasan Sofa ( atau singkatannya PPYS), Negeri Sembilan. Membahaskan tentang tiga Tauhid ini. Setelah mengikuti tulisan-tulisan berkenaan, penulis Ustaz Ahmad Kamil Halim meminta agar PPYS membuat kajian lanjut tentang:

4.1 Benarkah Ibn Taimiyyah pencipta kaedah tauhid tiga serangkai?

Dakwaan pihak PPYS bahawa Ibn Taimiyyah ( w. 728H) adalah pereka kepada bid’ah tauhid tiga serangkai tidak benar. Pihak PPYS disyorkan meluaskan lagi penyelidikan terhadap banyak lagi kitab-kitab turath lain yang mudah diperolehi di zaman IT ini.[19]

4.2 Antara tokoh terdahulu yang telah memperkatakannya ialah :


1 ) Al-Imam Abi Abdillah Ubaidillah bin Muhammad bin Battah Al-Akbariy , meninggal tahun 387 H di dalam kitab Al-Ibanah ‘An Syariah Al Firqah An Najiah Wa Mujanabah Al Firaq Al Mazmumah . Dalam teks kata-kata belaiu , antara lain ..


“ …. Bahawa Asal Iman kepada Allah yang wajib atas sekelian makhluk beri’tikad dengannya dalam mengisbatkan iman adalah tiga perkara :


Pertama : Bahawa seorang hamba beri’tiqad akan sifat ketuhanannya ( Rububiyyah) agar jadilah perkara itu satu perbezaan dari mazhab ahl at ta’til yang tidak mengisbatkan adanya pencipta.

Kedua : Bahawa seorang hamba beri’tiqad akan keesaanNya ( Uluhiyyah) agar jadilah ia satu perbezaan dari golongan ahli syirik yang mengakui kewujudan pencipta ( Allah ) tetapi melakukan syirik dalam amalan ibadah mereka.

Ketiga : Bahawa seorang hamba beri’tiqad bahawa Allah Taala bersifat dengan sifat-sifat yang tidak haruslah Dia melainkan bersifat dengan sifat seperi ilmu, qudrat, hikmah dan semua sifat yang Dia sifatkan didalam kitabNya.”


Seterusnya beliau menyebut sebagai sambungan : “ Kerana kita dapati Allah Taala telah memerintahkan hambaNya kepada I’tiqad dengan setiap satu dari tiga perkara ini dan beriman dengannya.” Tiga perkara yang dimaksudkan oleh Ibn Battah di sini ialah

tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma wa Sifat.[20]

2 ) Al Imam Al Hafiz Abi Abdillah Muhammad bin Ishaq bin Yahya Bin Mandah , meninggal tahun 395 H . Di dalam kitab beliau “ Kitab At Tauhid Wa Makrifatu Asma Allah Azzawajalla Wasifati ‘Alal ittifaq Wal iftiraq “ . Di dalam kitab beliau menjelaskan beberapa tajuk yang berkaitan dengan tauhid rabubiyyah, beberapa tajuk yang berkaitan dengan tauhid uluhiyyah dan beberapa tajuk lain berkaitan tauhid asma’ wa sifat. Apa yang lebih menarik, di dalam muqaddimah kitab ini Ibn Mandah menyebut bahwa Al-Imam Abu Yusof ( w. 182H) yang merupakan tokoh besar dalam mazhab Abu Hanifah ( w. 150) turut memperkatakan pembahagian tauhid ini semasa kurun kedua lagi .


Sangat menarik sekali bahawa Al-Imam As Syafie secara lisan yang tersirat mengakui kewujudan tauhid uluhiyyah melalui kata-kata beliau “inilah hakikat tauhid “ dalam satu riwayat dari Imam Al Muzani yang dikemukakan oleh Al-Imam Az Zahabi didalam (Siyar I’lam An Nubala’ jilid 10 m.s. 26, terbitan Muassasah Ar Risalah Beirut, Lubnan).

Tindakan pihak PPYS membesar-besarkan nama Ibn Taimiyyah Rahimahullah sebagai pereka kepada tauhid tiga serangkai sekadar meneruskan agenda pihak yang sudah lama memusuhi Ibn Taimiyyah adalah tidak adil sekiranya kita menilai sesuatu permasalahan berdasarkan pandangan pihak yang kita cenderung kepadanya, tanpa melihat hujah-hujjah pihak lain yang kita tidak bersetuju dengannya. Di dalam dunia Islam masa kini, golongan generasi muda yang prihatin dengan perkembangan ilmu Islam, mengambil sikap menilai secara adil dan saksama segala kemelut yang berlaku. Tokoh seperti Muhammad Zahid Al Kauthari dari Negara Turki bermazhab Hanafi dan Hasan Ali As Saqaf dari Jordan antara tokoh yang kuat mengkritik Ibn Taimiyyah dan menentang keras pembahagian tauhid tiga serangkai. Apa yang memusykilkan penulis ialah kenapa kaedah mengenali Allah melalui sifat 20 tidak pula diperbesarkan oleh pihak PPYS?. Pada hal Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengajar para sahabat dan kita semua, bahawa Allah hanya memiliki 20 sifat sahaja. Perkara yang lebih utama untuk diberi perhatian oleh pihak PPYS ialah ancaman ilmu kalam terhadap kemurniaan sistem pembelajaran ilmu tauhid. Sejarah membuktikan bahawa Al Imam As Syafie tokoh yang paling kuat menentang ilmu kalam dan penggunaannya dalam subjek akidah.[21]

Sifat Allah Berdiri dengan Diri Sendiri adalah wajib ada kerana ia adalah bukti bagi mengetahui akan Tauhid Rububiyyah. Ianya juga bukti penyaksian kepada makhluk-makhluk dan sifat itu pengisbatan kepada pencipta kerana tidak padaNya yang berbeza dan berbilang-bilang. Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah adalah Tauhid yang wajib sempurna, yang datangnya dari Al-Quran. Terdapat pandangan yang dihuraikan dalam contoh bahawa tentang pergerakan tidak dapat bagi sesuatu itu bergerak tanpa ada yang menggerakkannya, dan tidak sesekali yang menggerakkan itu melainkan dengan dirinya sendiri dan demikianlah Ilahi. Manakala makhluk tidak menjadikan atau menggerakkannya sendiri. Mustahil ada dua yang melakukan atau menggerakkan sesuatu itu dengan dirinya sendiri.[22]