Wednesday, March 31, 2010

punca2 pencmran Tasik Kejuruteraan

1.0 PENDAHULUAN
Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai pelbagai fakulti. Yang menarik minat kami untuk mengkaji fokus kajian kami ini ialah tasik yang berhampiran dengan kawasan Fakulti Kejuruteraan atau dikenali sebagai Tasik Kejuruteraan. Selain daripada berfungsi sebagai kawasan tadahan bagi melengahkan aliran ke Sungai Langat ia juga turut digunakan sebagai kawasan rekreasi air. Tasik ini turut digunakan oleh Fakulti Pendidikan bagi kursus asas kayak (canoeing). Oleh itu sewajarnya kualiti air tasik ini dipantau bagi memastikan ianya selamat digunakan, di samping memberi satu panorama yang menambah keindahan kampus. Ini termasuklah mengenalpasti punca- punca pencemaran yang memasuki tasik ini. Air limpahan tasik ini seterusnya mengalir ke Sungai Langat.

1.1 Latar Belakang Permasalahan Kajian
Pencemaran air telah mula kelihatan berlaku di Tasik Kejuruteraan dan kualiti airnya diandaikan tidak baik berdasarkan pandangan estetik. Antara penyebab pencemaran yang disyaki adalah projek pembinaan Kolej Kediaman Pelajar Kausar, atau sekarang dikenali dengan nama Kolej Pendeta Za’aba dan Kompleks Fakulti Teknologi Sains Maklumat (FTSM) yang melibatkan kerja pembersihan tanah serta aktiviti perniagaan di kantin dalam bangunan Fakulti Kejuruteraan serta blok-blok makmal di sepanjang saluran menuju ke tasik.

1.2 Objektif Kajian
i- Mengenal pasti punca-punca pencemaran air di tasik kejuruteraan.
ii- Mengukur tahap kualiti air di tasik kejuruteraan.

1.3 Lokasi Kajian
Tasik Kejuruteraan ini sebenarnya telah diubahsuai dari sebuah kawasan paya ke tasik buatan manusia pada tahun 1989. Airnya mengalir dari bukit yang berhutan di hulu ke dalam tasik dan air tasik kemudiannya mengalir ke Sungai Langat. Kawasan sekelilingnya telah dikembangkan menjadi taman rekreasi dengan lorong jalan kaki, pondok dan menawarkan aktiviti mengayak untuk pelajar dan warga kampus. Anggaran keluasan Tasik Kejuruteraan ini adalah kira-kira 1.8 hektar. Kedalamannya secara purata adalah 1.5 meter. Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) UKM bertanggungjawab ke atas pengurusan tasik ini dan ia juga bertanggungjawab memantau dan menjaga kebersihan tasik. Kini, pencemaran air telah mula kelihatan dan kualiti air disyaki menjadi semakin teruk. Nilai estetik di tasik kelihatan menurun saban hari dan pemandangan di tasik tidak menyenangkan mata.

Punca pencemaran boleh dibahagi kepada pencemar tentu dan pencemar tidak tentu (Krenkel & Novotny. 1980). Di Tasik Kejuruteraan, pencemar tentu yang dikenalpasti termasuklah hakisan permukaan tanah akibat projek pembinaan Kolej Kausar dan longkang Kompleks Fakulti Tenologi dan Sains Maklumat, kantin dan bangunan Fakulti Kejuruteraan. Menurut JPP, semua air buangan samada air dari makmal, tandas atau kantin disalirkan oleh paip pembentungan khas ke tangki kumbahan yang kemudiannya disalirkan ke kolam pengoksidaan kumbahan UKM untuk proses perawatan sebelum ia dialirkan ke Sungai Langat. Air larian hujan dan hakisan kelodak di sekeliling tasik merupakan pencemar tidak tentu.

2.0 ULASAN DARIPADA JURNAL DAN ARTIKEL
Terdapat banyak tasik semulajadi dan buatan dalam negara yang berfungsi sebagai punca utama sumber air untuk pelbagai kegunaan dan habitat kepada kehidupan akuatik. Pembangunan pesat telah menyebabkan banyak kawasan tadahan di hulu tasik menerima kesan signifikan ke atas kapasiti tasik, kualiti air dan aliran masuk. Tasik merupakan satu komponen penting dalam landskap Malaysia. Kebanyakan tasik di Malaysia unik kerana ianya tidak terbentuk menerusi proses semulajadi tetapi menerusi tinggalan aktiviti perlombongan dan pembinaan empangan air sama ada untuk tujuan bekalan air minuman, penjanaan tenaga dan pengairan.

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kualiti air tasik tersebut, membandingkannya dengan nilai interim kualiti air kebangsaan dan menganggarkan nilai indeks kualiti air beradarkan parameter. Kesan hari hujan dan hari kering ke atas kualiti air tersebut juga telah dinilai.

Dalam jurnal ini kaedah persampelan dan analisis dilakukan, begitu juga dengan kajian yang kami jalankan ini tentang punca-punca pencemaran di Tasik Kejuruteraan. Kajian dalam jurnal ini juga menjelaskan bahawa Sungai Langat mengalir bersebelahan dengan kawasan UKM Kampus Bangi dan sungai ini juga menerima air luahan dari beberapa saluran dan jasad air tertentu dalam kampus tersebut. Tasik ini telah dipilih sebagai kawasan kajian memandangkan kualiti airnya yang kelihatan tidak berapa menarik dan juga kerana ia menyumbangkan air luahan kepada Sungai Langat. Objektif kajian jurnal ini adalah meneliti sistem saliran ke Tasik Kejuruteraan, Kampus UKM, disamping menentukan kualiti air pada hari hujan dan membandingkannya bagi menentukan status pencemaran. Tasik Kejuruteraan ini sebenarnya telah diubahsuai dari sebuah kawasan paya ke tasik buatan manusia pada tahun 1989. Punca pencemaran boleh dibahagi kepada pencemar tentu dan pencemar tidak tentu. Di Tasik Kejuruteraan, pencemar tentu yang dikenalpasti termasuklah hakisan permukaan tanah akibat projek pembinaan Kolej Kausar dan longkang Kompleks Fakulti Tenologi dan Sains Maklumat, kantin dan bangunan Fakulti Kejuruteraan.

Menurut JPP, semua air buangan samaada air dari makmal, tandas atau kantin disalirkan oleh paip pembentungan khas ke tangki kumbahan yang kemudiannya disalirkan ke kolam pengoksidaan kumbahan UKM untuk proses perawatan sebelum ia dialirkan ke Sungai Langat. Pencemaran air berlaku adalah hasil dari aktiviti manusia sendiri. Antara punca utama pencemaran akibat aktiviti manusia yang menjurus ke arah pencemaran air ialah bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya malahan secara tidak bermoral ke dalam sungai-sungai.

Air larian hujan dan hakisan kelodak di sekeliling tasik merupakan pencemar tidak tentu. Kajian kualiti air ke atas Tasik Kejuruteraan ini dilakukan di lima lokasi yang telah ditentukan sebagai stesen pensampelan. Sistem saliran air ke Tasik Kejuruteraan telah dikaji dan menunjukkan bahawa parameter kekeruhan melampaui paras maksimum. Beberapa langkah untuk memperbaiki kualiti air dan keadaan saliran tasik serta sistem sumber air di kampus telah juga dicadangkan.

Selain daripada beberapa punca yang disebabkan oleh manusia, alam semulajadi juga boleh menyebabkan pencemaran air. Contohnya, ribut,taufan dan gempa bumi.sekiranya ini berlaku, secara tidak langsung kualiti air pada sungai dan tasik akan terjejas. Penulis menjelaskan lagi bahawa, pemusnahan terhadap alam sekitar yang serius seperti penebangan pokok-pokok di hutan dengan tujuan komersial dan juga untuk pembukaan penempatan baru.

Hujan asid juga boleh menjurus kepada berlakunya pencemaran air. Hujan asid mengandungi sulfur dioksida dan juga nitrogen dioksida ini boleh mengakibatkan eutrokasi dan boleh membunuh akuatik.

Tumpahan minyak serta pengilangan hasil-hasil disalirkan ke dalam sungai-sungai. Disamping itu, banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.

Menurut Beatrix E. Beisner, Lisa Dent dan Stephen R. Carpenter dalam kajian yang telah dilakukan menyatakan bahawa fosforus, karbon organik terlarut dan makanan hidupan tasik seperti ikan dan katak memberi peranan terhadap perubahan pada tasik.
Jika diperhatikan, kebanyakan tasik seperti tiada nilainya sekarang kerana kebanyakan tasik yang ada semakin terbiar dan tertimbus disebabkan banyaknya pembinaan yang sedang dijalankan ataupun terbiar sehingga berlakunya fenomena Eutrofikasi yang serius. (Eutrofikasi ialah status penanda aras tasik yang mengalami penambahan ketara bahan nutrien yang akhirnya menggalakkan pertumbuhan rumpai air sehingga memenuhi dasar dan permukaan tasik). Keadaan ini menyebabkan ekosistem tasik tidak lagi seimbang, pengurangan kandungan oksigen dan kepupusan hidupan air khususnya ikan. Penjagaan oleh orang yang bertanggungjawab terhadap ekosistem dan kualiti air tidak sangat dititikberatkan, tetapi lebih kepada pengindahan landskap persekitaran tasik.

Dinyatakan juga di dalam kajian tersebut bahawa limpahan rumpai air atau aras klorofil adalah kesan daripada lebihan fosforus, karbon organik terlarut dan makanan hidupan tasik . Bagi mendapatkan hasil kajian, pengkaji telah mencipta model tasik yang mempunyai kandungan klorofil bertujuan untuk mengenalpasti perubahan tasik disebabkan faktor iklim samaada ia memberi kesan pengubahan pada keadaan klorofil dalam tasik tersebut ataupun tidak. Kajian mereka mendapati kemasukan fosforus menjadi faktor terpenting bagi aras kandungan klorofil dalam tasik, namun karbon organik terlarut dan makanan hidupan tasik turut menjadi faktor terpenting kepada keseimbangan klorofil pada tasik.

Kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu masalah sosial yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Mengumpul Data atau Kaedah Temubual
Untuk mengenal pasti punca-punca pencemaran yang melanda tasik kejuteraan, pengkaji mendapatkan data melalui jurnal, artikel, keratan akbar dan mengadakan sesi temubual dengan seorang timbalan pengarah Jabatan Pengurusan dan Pembangunan (JPP) iaitu yang bertanggungjawab keatas pembinaan tasik kejuteraan. Daripada keseluruhan sumber-sumber yang kami perolehi telah membincangkan tentang punca-punca pencemaran air di tasik buatan, yang mana melalui sumber-sember tersebut dapat membantu pengkaji dalam mencapai objektif kajian iaitu mencari punca-punca pencemaran air di Tasik Kejuteraan.

Temubual bersama responden pula diadakan pada hari Isnin bertarikh 25 Januari 2010, bertempat di pejabat Timbalan Pengarah JPP, alat perakam digunakan bagi merekodkan perbualan. Sebelum memulakan perbualan, pengkaji memperkenalkan diri, kemudian disusuli dengan beberapa soalan yang berkaitan dengan kajian. Antara soalan yang dikemukakan kepada responden seperti; pendapat responden tentang tasik Kejuruteraan sekarang, punca-punca utama pencemaran yang menyebabkan tercemarnya Tasik Kejuruteraan dan orang yang bertanggungjawab ke atas Tasik Kejuruteraan. Sesi temubual berlangsung lebih kurang selama setengah jam, iaitu bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.45 pagi.

3.2 Analisis Data
Selepas semua jurnal-jurnal dikaji dan mengadakan temubual bersama Timbalan Pengarah JPP iaitu En Ghani. Punca-punca utama pencemaran tasik kejuteraan dapat dikenal pasti, antara punca-punca utama ialah projek pembinaan yang berhampiran, oleh yang demikian, minyak-minyak daripada jentera yang digunakan mengalir terus ke tasik sehingga mengakibatkan gangguan ekosistem di dalam tasik Kejuruteraan UKM. Kenyataan ini boleh dirujuk pada lampiran dalam Rajah 9 dan Rajah 10. Hakisan tanah yang menyebabkan sebahagian tasik tertimbus, rujuk Rajah 13 dan Rajah 14. Mengikut temubual yang telah dijalankan, Timbalan Pengarah JPP menjelaskan bahawa pembinaan tersebut bertujuan untuk penambahbaikan Fakulti Kejuruteraan.

Punca yang lain juga adalah melibatkan air kumbahan daripada blok kejuruteraan, makmal-makmal dan aktiviti perniagaan di kantin kejuteraan yang mana salurannya juga terus ke tasik. Rujuk Rajah 7, tong sampah yang berdekatan dengan longkang boleh menyebabkan longkang tersebut tersumbat, kerana apabila hujan, cebisan sampah dan sisa air daripada tong sampah mengalir bersama air hujan terus ke longkang (Rujuk Rajah 3 dan Rajah 5).

Selain itu, menurut Timbalan Pengarah JPP lagi faktor lain yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut ialah kegiatan aktiviti manusia. Oleh kerana sikap pengguna atau pengunjung itu sendiri yang mana berdasarkan kepada pemerhatian jelas menunjukkan bahawa mereka semua telah membuang sampah di merata- rata tempat secara tidak bermoral sehinggakan sampah sarap atau bahan domestik tersebut masuk ke dalam tasik. Keadaan ini amat mendukacitakan kerana sikap mereka ini telah menyebabkan keindahan kawasan di sekitar Tasik Kejuruteraan itu terjejas bahkan,hilangnya daya tarikan. Jika keadaan ini berlaku secara berterusan tanpa ada pengawalan daripada pihak- pihak yang tertentu, ia boleh memberi kesan yang negatif terhadap tasik tersebut, disini kita ambil sebagai contoh kurangnya tarikan pengujung untuk pergi ke tasik tersebut untuk melakukan aktiviti- aktiviti seperti berjoging atau bersenam, berkayak, pelbagai jenis program samaada anjuran kolej- kolej, fakulti- fakulti dan lain- lain. Kenyataan ini disokong berdasarkan sumber dapatan kajian kami melalui gambar pada Rajah 1 dan Rajah 2.

4.0 PERBINCANGAN DAPATAN TEMUBUAL

4.1 Analisis Temubual
Berdasarkan temubual bersama Timbalan Pengarah JPP, kami dapati bahawa Timbalan Pengarah tersebut sebenarnya juga tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dengan apa yang telah terjadi dengan tasik itu sekarang. Beliau telah menyatakan ketidakpuasan hati berkenaan dengan Tasik Kejuruteraan kerana pencemaran yang berlaku seperti sekarang akan memberi impak yang besar dan juga kesan yang sangat buruk untuk keindahan dan kecantikan sekitar tasik itu. Keadaan ini bukan sahaja melibatkan kampus UKM saja, bahkan menjadi ancaman kepada Sungai Langat yang mana terpaksa menerima air kumbahan yang telah disalurkan oleh paip pembentungan khas tangki kumbahan.

Jika keadaan ini sentiasa berterusan, ia juga akan mencemarkan dan merosakkan kualiti air di sungai tersebut di samping dapat memusnahkan hidupan yang ada di dalam sungai itu. Hal ini kerana, air kumbahan yang disalirkan itu mengandungi bahan buangan manusia, serbuk pencuci pakaian dan bahan pencuci atau bahan sampingan daripada kegiatan industri. Pada keadaan biasa, bakteria mengekalkan paras oksigen yang diperlukan untuk respirasi haiwan. Akan tetapi, jika kemasukan bahan kimia lebih tinggi dan molekul bahan cemar mugkin akan diserap oleh penhuni sungai dan diedarkan menerusi kitaran makanan kepada banyak organisma lain (Pelangi Library, 1998: 18).

Sebenarnya, dalam air sungai terdapat bakteria yang di dalamnya yang secara perlahan- lahan mereputkan bahan organik daripada hidupan dan tumbuhan yang telah mati. Bakteria ini memasuki sungai secara terus atau melalui air kumbahan tersebut. Oleh itu, bagi membolehkan proses pereputan ini, bakteria tersebut memerlukan oksigen dari air sungai itu. Bakteria ini dikenal sebagai aerob (Pelangi Library, 1998: 19).

Antara soalan yang ditanya kepada Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangun ialah:
1. Bolehkah Encik Ghani menceritakan serba sedikit latar belakang Tasik Kejuruteraan UKM?
Jawapan: Asal kawasan Tasik Kejuruteraan adalah kawasan berpaya. Pada mulanya kawasan Kejuruteraan itu hendak dibina Dewan Gemilang, malangnya disebabkan kawasan tersebut berpaya dan memerlukan kos yang tinggi untuk melakukan penimbusan paya tersebut, pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan telah mengambil inisiatif untuk membina tasik Kejuruteraan sebagai kawasan rekreasi kepada pelajar-pelajar. Tasik Kejuruteraan dibina pada tahun 1991.

2. Apakah pandangan Encik terhadap punca pencemaran Tasik Kejuruteraan UKM?
Jawapan: Antara punca utama tercemarnya Tasik Kejuruteraan UKM yang dapat dikenalpasti ialah yang pertama, pencemaran hasil dari kerja-kerja binaan bangunan yang baru di kawasan Fakulti Kejuruteraan yang berhampiran dengan tasik tersebut. Kedua, pembuangan Domestik iaitu sampah sarap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab iaitu pengunjung Tasik Kejuruteraan sendiri. Ketiga, sikap ketidak tanggungjawaban pihak kantin yang kedudukannya antara Tasik Kejuruteraan dengan Fakulti Kejuruteraan. Sisa-sisa makanan, sampah sarap, dan miyak dari kantin merupakan antara punca pencemaran tasik tersebut.

3. Bolehkah Encik menjelaskan dengan lebih terperinci tentang punca pencemaran tasik dari hasil pembinaan dan kantin yang berdekatan?
Jawapan: Dari pembinaan yang dijalankan menyebabkan berlakunya hakisan tanah disebabkan pokok-pokok ditebang dan tanah diratakan kerana kawasan binaan tersebut adalah kawasan berbukit iaitu terletak atas yang berhampiran dengan Tasik Kejuruteraan. Selain itu, jentera yang digunakan untuk membina turut menjadi punca pencemaran, dimana jentera yang melakukan kerja-kerja binaan tertumpah minyak lalu mengalir ke tasik pada bahagian yang berhampiran. Minyak tersebut bukan sahaja memberi kesan buruk kepada ekosistem tasik tersebut malahan, tanaman-tanaman yang ditanam khas untuk menambahkan tarikan pengunjung turut mengalami kesannya.
Kantin yang berdekatan dengan tasik tersebut turut menjadi punca pencemaran, ini kerana bukan sahaja minyak dari jentera malahan juga dari kantin yang berdekatan. Pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan pernah memberi surat amaran agar pihak kantin tersebut dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan alam sekitar di kawasan tersebut. Namun pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan melahirkan rasa kecewa, ini kerana surat amaran yang dihanatr tidak memberi apa-apa kesan pada kantin tersebut. Bukan itu sahaja sisa-sisa makanan yang dibuang di merata-rata turut berpunca dari kantin tersebut.

4. Adakah sebelum pembinan ini Tasik Kejuruteraan telah mengalami pencemaran?
Jawapan: Sebelum adanya kerja-kerja binaan dilakukan pencemaran tidak berlaku di Tasik Kejuruteraan.

5. Pihak Encik menyatakan bahawa sebelum berlakunya kerja-kerja binaan tidak berlaku pencemaran tapi, kenyataannya ada aduan yang mengatakan ada bau yang tidak menyenangkan disekitar tasik tersebut. Jadi apa pandangan Encik tentang perkara tersebut?
Jawapan: Pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan akui akan perkara tersebut. Bau yang tidak menyenangkan itu adalah berpunca dari kumbahan yang berdekatan dengan tasik. Kumbahan yang berdekatan tasik tersebut disaring terlebih dahulu sebelum lebihan air yang disaring dilepaskan ke Tasik Kejut yang kemudian terus mengalir menuju ke Sungai Langat. Lebihan air tersebut tidak menghilangkan bau dan bau yang tidak mneyenangkan tersebut adalah kebihan air kumbahan yang disaring.
6. Apakah ada usaha dari Pihak Jabatan Pengurusan Pembangunan untuk mengindahkan kembali tasik yang merupakan kawasan rekreasi?
Jawapan: Encik Ghani menyatakan bahawa usaha untuk memulihara semula tasik ke arah yang lebih baik memang ada dilakukan. Antaranya usaha tersebut ialah mewujudkan perangkap selut yang mana ianya digunakan untuk menyekat selut. Dengan adanya perangkap selut tersebut, ia telah memudahkan proses menggali tanah yang tertimbus disebabkan oleh hakisan tanah.

5.0 KESIMPULAN KAJIAN.
Setelah meneliti beberapa jurnal dan artikel hasil kajian yang lepas dan juga kajian yang telah kami jalankan, kami dapati kualiti air di Tasik Kejuruteraan yang terletak berhampiran dengan Fakulti Kejuruteraan itu didapati tercemar. Ini bertepatan dan bersesuaian dengan tujuan ataupun objektif utama kenapa kami lakukan kajian terhadap tasik tersebut. Antara tujuan ataupun objektif utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti punca- punca pencemaran air di tasik tersebut dan mengukur tahap kualiti air tasik itu.

(maaf..lmpiran gmbr xdpt dltakkn buat smntra wktu..mslh teknikal)

Sunday, March 28, 2010

MUKTAZILAH



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kita seharusnya memulakan perbincangan kita dan menjelaskannya kembali kenapa dengan golongan Muktazilah. Bahagian ini diletakkan dalam keadaan emergensi ketika abad pertama yang terkemudian atau ia sebenarnya bermula pada abad yang kedua. Secara jelasnya, ilmu Kalam sepertimana aliran-aliran yang lain, yang mana maju secara beransur-ansur dan perlahan untuk mencapai tahap kematangan.

Pertama sekali, kita seharusnya menjelaskan tentang kepercayaan Muktazilah yang paling utama, atau apa yang lebih baik untuk diperkatakan ialah suatu yang menjadi asas atau dasar yang menunjukkan ke arah sesuatu yang paling nyata dalam pemikiran-pemikiran aliran mereka. Yang kedua, kita harus mengambil kira dengan lebih baik tentang kemunculan pemikiran Muktazilah dan berbincang tentang takdir atau nasib dalam sejarahnya. Kemudian kita harus mengambil kira perkara utama mengikut peralihan dan perubahan pemikiran dan kepercayaan mereka.

Terdapat banyak pegangan Muktazilah, dan ia tidak menyempitkan dalam masalah keagamaan, atau yang mana mereka merujuk kepada bahagian yang sangat penting iaitu takdir atau nasib. Mereka meliputi penomboran dari segi fizik, sosial, antropologi, dan isu-isu falsafah, yang mana tidak mengikuti secara terus dengan takdir. Bagaimanapun, ada juga relevennya dalam masalah ini kepada agama dan kepercayaan Muktazilah, dan juga mana-mana yang berkaitan persoalan ataupun siasatan tentang masalah keagamaan ia tidak mungkin tanpa mempelajari mereka.

Muktazilah merupakan aliran yang sangat terkenal dengan akidah Islam. Ia mempunyai manhaj atau pendekatan tersendiri dalam memahami dan menanggani dasar akidah Islam. Mereka mempunyai lima doktrin iaitu asas agama utama atau dikenali juga sebagai usul Khamsah, yang menjadi pegangan seluruh ahlinya iaitu:

i) Konsep Tauhid atau keesaan Allah, sebagai contoh : keesaan yang dianuti oleh golongan Muktazilah ialah keesaan yang mutlak kerana menurut pendekatan akal hakikat keesaan hakiki yang sesuai bagi Allah haruslah dijelaskan dari sebarang unsur atatu aspek yang boleh mengelirukan. Muktazilah menafikan sifat Allah berasingan dari Zat walaupun al-Quran sendiri menyatakan bahawa Allah bersifat dengan sifat-sifat tersebut. Muktazilah menetang kuat tentang banyaknya sifat-sifat Allah apabila diasingkan dari zat. Sifat azali yang dimiliki Allah seperti sifat ilmu, hidup, mendengar, melihat yang bukan Zatnya. Bagi mereka kewujudan sifat-sifat yang azali dan berasingan daripada zat boleh membawa kepada pengisbatan hakikat azali yang banyak, sedangkan ia bertentangan bahawa Allah bersifat mutlak iaitu tidak berbilang-bilang.

Muktazilah tidak menafikan nusus-nusus Quran yang menjelaskan tentang sifat-sifat tersebut tetapi mereka menolak adanya sifat-sifat Allah yang azali berasingan dari zat-Nya. Oleh itu mereka takwilkan maksud nusus-nusus tersebut mengikut kefahaman akal.

ii) Keadilan (’adl), sebagai contoh : hanya tuhan sahaja dan tuhan tidak menindas makhluk yang diciptaNya. Allah Maha Adil dan keadilanNya mengharuskan manusia memiliki kekuasaan untuk membuat sesuatu mengikut kehendaknya sendiri.

iii) Perkara yang berkait dengan hukuman atau balasan tuhan (Al-Wa’d wa Al- Wa’id) juga diberi maksud janji dan ancaman. Janji dan ancaman Allah adalah sesuatu kepastian adanya Contohnya: Tuhan telah memastikan ganjaran kepada orang yang melakukan ketaatan kepadaNya dan menentukan hukuman atau balasan kepada orang yang tidak mentaatiNya, dan ia juga adalah tidak pasti tentang itu.

iv) Manzilah Bayna al-Manzilatayn (satu kedudukan diantara dua tempat). Maksudnya orang yang Fasiq, (contoh, seseorang yang telah melakukan satu dosa besar seperti minum arak, berzina, atau penipu dan sebagainya). Mengikut kedua-dua kepercayaan, percaya mereka tetap mukmin dan bukan kafir. Fisq ialah orang tengah atau perantara antara kepercayaan atau kecurangan.


v) Al-’amr bil ma’ruf wa al-nahy ’an al-munkar [ cuba untuk buat benda yang baik menurut undang-undang, dan mengerunkan apa yang dilakukan kesalahan dan bukan kerana undang-undang]. Muktazilah menempatkan pelaku dosa besar dalam keadaan antara mukmin dan kafir, iaitu fasik. Menurut pandangan Muktazilah tentang kewajipan Islam ialah, pertamanya, bahawa syari’ah tidak memberi makna yang khusus atau mengenalpasti tentang perkara makruf dan munkar. Ini membolehkan manusia memberi sebab, sekurang-kurangnya sikap berat sebelah, dan bebas dalam mengenalpasti pelbagai kebaikan yang terdapat pada perkara-perkara makruf dan mungkar. Kedua, pelaksanaan kewajipan ini bukan sahaja memerlukan adanya Imam atau ketua, dan ia adalah meliputi kewajipan bagi semua yang bergelar muslim, tidak kira samaada Imam atau ketua pada masa sekarang ataupun bukan. Hanya sesetengah kategori yang terdapat pilihan Imam atau penguasa bagi orang-orang muslim, sepertimana yang melibatkan hukuman (hudud) yang telah ditentukan oleh syari’ah, pengawalan sempadan negara-negara Islam dan masalah-masalah lain mengikut pemerintahan Islam.

Kadang kala, Kalam Muktazilah banyak menumpukan kepada perbincangan secara terbuka dalam lima asas agama yang utama bagi mereka, antara yang terkenal adalah al-Usul al-Khamsah menurut al-Qadi ’Abd al-Jabbar al-Astarabadi (d. 415/1025), Muktazilah pada masa kini iaitu al-Sayyid al-Murtada ’Alam al-Huda dan al-Sahib ibn ’Abbad (d. 385/995).

Sebagaimana yang boleh dinyatakan, hanya keutamaan Tawhid dan Keadilan sebagai bahagian asas agama yang penting dan utama. Tiga yang menjadi keutamaan yang selebihnya itu pula adalah hanya kerana pada zaman mereka mempunyai ciri-ciri Muktazilah. Dari sudut keadilan tuhan, meskipun bangsa benar-benar menyokong berdasarkan al-Quran dan kepercayaan, bahagian ini memerlukan bahagian akidah Islam dan asas agama atau doktrin, yang mana ia telah menjadikan satu daripada lima asas agama yang lebih utama kerana adanya ciri-ciri Muktazilah atau kepercayaan sebaliknya dalam pengetahuan Tuhan dan kekuasaan yang sangat memerlukan bahgian akidah Islam dan doktrin-doktrin yang utama.

Dalam akidah Syiah juga mengutamakan keadilan tuhan, iaitu satu daripada lima asas agama yang menjadi keutamaan. Ia merupakan persoalan yang biasa timbul dan tidak khusus tentang keadilan tuhan yang harus diambil kira. Di antara kepentingan doktrin iaitu pemikiran tentang keadilan yang mana ia hanya sifat ketuhanan. Tidak ada satu pun sifat yang menyamai sifat tuhan dan hanya Allah yang Maha mengetahui segala hal, Maha Agong, tuhan yang hidup, tuhan yang Maha memahami, Maha mendengar dan Melihat. Semua ini dianggap sebagai sifat keadilan yang menjadi kepentingan akidah. Jadi kenapakah sifat keadilan ini terkenal sebagai sifat ketuhanan?.

Jawapan bagi persoalan bahawa keadilan tidak terlalu melebihi selain sifat atau ciri-ciri ketuhanan. Syiah mutakallimun mempunyai keistimewaan yang mana menyebut tentang keadilan diantara doktrin utama Syiah oleh kerana Ashairah. Yang mana dikalangan mereka adalah kabanyakan dari Ahl al-Sunnah- ia termasuk juga dalam penafian pada sifat-sifat dan ciri-ciri ketuhanan, bagaimanapun mereka tidak menolak sifat-sifat seperti mengetahui, hidup, berkehendak dan sebagainya. Berdasarkan daripada ini, keadilan dapat diambil kira secara khususnya doktrin atau ajaran asas agama Syiah begitu juga ajaran Muktazilah. Daripada penjelasan diatas telah menyebutkan tentang lima asas agama yang utama ia terdiri daripada kedudukan yang asas bagi Muktazilah darisegi pendapat Kalam, selain itu, sebagaimana yang diperkatakan sebelum ini kepercayaan Muktazilah tidak hanya tertumpu kepada lima asas agama yang meliputi linkungan bidang besar yang pelbagai dan ia terdiri daripada ilmu ketuhanan atau teologi, fizik, sosiologi dan antropologi. Dalam semua bidang ini mereka memegang kepercayaan yang khusus, dan berbincangan tentang perkara yang luar daripada bidang penyelewengan dalam syarah ini. Ibni Taimiyyah merupakan tokoh yang terkemuka dan mendokong fahaman salaf dan Imam Abu Zahrah adalah tokoh yang terkenal dalam perundangan Islam. Mereka mengakui bahawa Muktazilah sebahagian orang Islam, beriman dengan akidah Quran dan berjihad bersungguh-sungguh mempertahankannya. Penjelasan ini dengan sendirinya menolak pandangan golongan yang mengatakan bahawa Muktazilah telah keluar dari jamaah Islam atau menyeleweng dan kafir. Golongan ini memberikan keutamaan kepada akal dalam memahami dan menyelesaikan masalah akidah, maka pandangan mereka merupakan pembaharuan yang menonjol dalam akidah Islam.

uluhiyyah dan rububiyyah

TAUHID DAN JENIS-JENISNYA

Tauhid berasal dari kalimah ”wahhada” kemudian ”yuwahhidu seterusnya ”tauhid” yang bermaksud mengEsakan. MengEsakan Allah mempunyai banyak sudut yang dapat ditinjau iaitu dari sudut perbuatan Allah, sifat-sifat dan nama-nama Allah atau dari sudut perbuatan manusia. Disebabkan sudut tersebut maka tauhid telah dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

1) Tauhid Rububiyyah (توحيد الربوبية )

2) Tauhid Uluhiyyah (توحيد الألهية / توحيد العبادة )

3) Tauhid Asmaa Wa Assifaat ( توحيد الأسماء والصفات )

Berdasarkan penelitian yang dilakukan secara menyeluruh terhadap dalil-dalil yang tedapat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, sebagaimana ulama nahu telah membahagikan kalimat di dalam bahasa arab menjadi tiga iaitu, isim, fi’il, dan huruf, berdasarkan penelitian menyeluruh terhadap kalimah-kalimah yang ada di dalam bahasa arab. [1]

2.1 TAUHID RUBUBIYYAH

Perkataan Rububiyyah berasal dari perkataan Rabb (رب ) yang memberi maksud mencipta, yang memiliki, yang memelihara dan yang mengurus sekalian alam. Dari segi bahasa, Rububiyyah berasal dari kata “Rabbun” yang bermaksud “Al-Maalik dan Al-Mudabbir” iaitu penguasa, pemilik dan pengatur. Dia juga Maha penguasa dan Maha Pengatur seluruh mekanisme ynag bergerak dan segala hajat makhlukNya, yang mana Allah adalah pelaku mutlak dalam setiap kejadian.[2] Tauhid rububiyyah memberi erti keyakinan seseorang bahawa Allah sahaja yang mencipta seluruh alam ini, Allah yang menurunkan rezeki dan hujan, Allah yang memelihara dan mengatur seluruh alam, Allah yang menghidupkan dan mematikan, tauhid rububiyyah adalah tauhid yang membahaskan tentang perbuatan Allah.[3] Rububiyyah juga memberi makna menunggalkan Allah dalam sifat ketuhanan Rububiyyah iaitu sifat yang hanya ada padaNya sahaja.[4] Dalam konteks tauhid rububiyyah, tidak ada perbezaan di antara orang musyrik iaitu orang yang menyekutukan Allah dengan makhluk yang lain dengan seorang muslim. Mengikut fahaman Ibnu Taimiyyah dan kuncu-kuncunya orang musyrik termasuk dalam golongan ahli tauhid yang dikategorikan dalam ahli tauhid rububiyyah dan tidak pada tauhid uluhiyyah. Syirik dan tauhid kerana ia merupakan dua perkara yang bertentangan yang tidak mungkin dapat disatukan.[5]

Seseorang yang mempunyai keyakinan dengan perbuatan Allah itu bermakna ia telah memiliki tauhid rububiyyah dalam dirinya. Walaupun begitu keyakinan yang di miliki belum tentu menjamin memasukkan seseorang Islam ke dalam Islam kerana tauhid jenis ini iaitu rububiyyah merupakan jenis tauhid yang dimiliki oleh semua umat yang beragama Yahudi, Nasrani, Majusi, Hindu bahkan penyembah berhala pada zaman jahiliah yang lampau. Hanya golongan yang anti tuhan sahaja tidak mempunyai tauhid jenis ini seperti golongan Komunis. Al-Quran menerangkan tentang hakikat ini dengan menggambarkan keadaan orang-orang musyrikin yang menyembah berhala :[6]

”9. dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" siapakah Yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".[7]

Sifat-sifat Rububiyyatullah yang hanya menjadi hak Allah Tuhan alam semesta sahaja, antaranya ialah:

1) al-Khalq atau Penciptaan

2) al-Razq atau Pencipta dan Pemberi Rezeki

3) al-Mulk atau Pemilik kuasa dan urusan yang memastikan sifat-sifat

4) al-Mattah atau Pencipta mati

5) al-Ihya atau Pencipta hidup

6) al-Naf atau Pemberi manfaat

7) al-Darr atau Penolak mudarat

8) al-I’zaz atau Pemberi kemulian

9) al-Idlal atau Pemberi Kerendahan

Tauhid Rububiyyah merupakan tauhid yang paling hampir kepada naluri semulajadi. Orang kafir Quraisy Makkah mengetahui dan mengakui sifat-sifat rububiyyah ini. Tetapi pengetahuan dan pengakuan disekutukan dengan sesuatu yang selain Allah. Oleh itu mereka mentauhidkan Allah dalam konsep yang sebenar.[8]

2.2 TAUHID ULUHIYYAH

Perkataan Uluhiyyah diambil daripada perkataan Al-Ilah (الاله ) maksudnya ialah yang disembah ( المعبود ). Oleh kerana itu tauhid Uluhiyyah dinamakan juga dengan tauhid ibadah. Dari segi istillah, agama tauhid Uluhiyyah bermakna keyakinan kita bahawa hanya Allah yang berhak disembah dan dia tidak boleh disekutukan dengan apa pun juga. Tauhid ini juga yang membezakan antara orang muslim dengan orang musyrik. Walaupun orang Yahudi menyakini bahawa Allah yang mencipta, menghidup dan mematikan makhluk namun mereka tidak bergelar muslim kerana penyekutuan yang mereka lakukan. [9]

Ibnu Taimiyah menyatakan bahawa Tauhid inilah yang membezakan orang yang bertauhid murni dengan orang musyrik. Barangsiapa yang tidak memenuhi kriteria tauhid Uluhiyyah maka ia masih terikat ke dalam kemusyrikan.[10]

Tauhid Uluhiyyah merupakan natijah yang tabi’i dan semestinya dari tauhid Rububiyyah. Pengakuan hanya dengan Tauhid Rububiyyah tidak diakui oleh Islam, kerana tauhid ini juga yang diakui oleh iblis dan golongan kafir. Apabila adanya pengakuan dengan tauhid Uluhiyyah maka semestinya mengandungi pengakuan pada tauhid Rububiyyah, dan kedua-dua tauhid ini diakui selagi mana ia mengakui dengan sebenarnya tauhid Zat, Asma’, Sifat.

2.3 TAUHID ZAT, ASMA’, SIFAT DAN AF’AL

Tauhid Zat, Asma’, Sifat dan Af’al ialah menunggalkan Allah pada semua perkara dan tidak menyerupai sesuatupun. Ketunggalan Allah atau Ahadiyatullah, ketunggalan Allah memastikan samadiyatullah iaitu Dialah sahaja yang menjadi tumpuan segala hajat dan pengharapan. Ketunggalan Allah memastikan penafian.

Mentauhidkan Zatullah ialah beriktikad bahawa Allah ialah Zat Yang Maha Esa lagi Maha Tunggal. Mentauhidkan Asma’ullah ialah mengiktikad bahawa Allah telah menamakan Diri ZatNya sendiri dengan nama-nama yang disukai dan diredai. Mentauhidkan Af’alullah ialah mengiktikadkan bahawa Allah telah mensifatkan DIRINYA dengan sifat-sifat Maha Tinggi, Maha Sempurna, lagi Mha Suci, tiada kekurangan, kelemahan dan tidak menyerupai sesuatupun sifat makhluk.[11] Dengan kata lain semua nama dan sifat Allah adalah tauqifyyah iaitu terhenti hanya dari dua sumber tersebut sahaja sama ada ithbat (menetapkan) ataupun nafi (menidakkan). Kita tidak boleh mengithbatkan atau menafikan nama dan sifat Allah kecuali apa yang dinafikan atau diithbatkan oleh al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.[12]

3.0 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN

Semasa zaman Ibnu Taimiyyah dunia Islam berada dalam keadaan hancur, samaada dari segi politik, sosial mahupun agama. Pusat kekuasaan politik Islam, Baghdad hancur oleh tangan penakluk Mongol, hulagu. Kerajaan Islam yang ada pada umumnya lemah kerana pertentangan-pertentangan di dalam.

Kehidupan keagamaan turut mengalami kerosakan. Kepercayaan khurafat dan takhlid sudah melanda dunia Islam. Pemujaan kuburan wali dan penghormatan yang berlebih-lebihan terhadap orang yang mereka anggap suci telah merosakkan sebahagian akidah orang Islam. Kehidupan intelektual kaum muslim diwarnai oleh pertentangan-pertentangan yang tidak berguna dalam masalah-masalah fiqih, iman dan ketuhanan disertai dominasi pengaruh Helenistik.

Dalam keadaan kerajaan Islam lemah, lahir seorang tokoh pembela As-Sunnah iaitu Ibnu Taimiyyah. Ibnu Taimiyyah menyakini bahawa semua keruntuhan yang itu disebabkan umat Islam telah menjauhi Al-Quran, As-Sunnah dan Salaf sahih. Dengan senjata naql dan akal yang tajam, ia membuka serangan ke segala arah yang dianggap menyeleweng. Filosof sufi, fuqaha, mutakallimun bahkan Al-Ghazali tidak terlepas dari serangannya dan hanya ahli hadis yang tidak kena serangannya. Kadang-kadang ia membenarkan filosof dan menyalahkan mutakallimin, serta menganggap mereka melakukan bid’ah kerana menolak falsafah yang benar.[13]

Imam Ahmad Ibn Hanbal, merupakan tempat sandaran bagi orang-orang yang melakukan pembahagian tauhid yang dikatakan bid’ah yang direka oleh Ibn Taimiyyah kerana beliau mendakwa dirinya bermazhab Hanbali. Begitu juga puak yang pengembangnya iaitu wahhabi. Imam Ahmad Ibn Hanbal tidak pernah menyatakan bahawa tauhid mempunyai pembahagian.

Kaum Musyrikin mengakui bahawa hanya Allah sahaja pencipta bagi segala sesuatu, pemberi rezeki, pemilik langit dan bumi dan juga pengatur alam semesta. Walaupun begitu, mereka menetapkan berhala-berhala yang mereka sembah diangggap sebagai penolong yang mereka bertawassul dengan berhala-berhala tersebut dan menjadikan mereka pemberi syafaat. Kerana perbuatan tersebut, maka mereka tetap dalam keadaan musyrik sebagaimana Allah berfirman:

106. dan (orang-orang Yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukanNya juga Dengan Yang lain.[14]

Sebahagian ulama Salaf berkata bahawa :” Jika kalian tanyakan pada mereka siapa yang menciptakan langit, bumi dan gunung-gunung? Mereka pasti menjawab ’Allah’. Walaupun demikian mereka tetap menyembah selain Allah.[15]

Perkataan tawassul mempunyai tiga makna, yang mana ulama bersepakat tentang dua makna antaranya. Pertama, yang merupakan dasar iman dan Islam, iaitu melalui iman kepada Rasulullah dan ketaatan padanya. Kedua, makna ini disepakati oleh kaum muslim iaitu barangsiapa menolak tawassul maka ia kafir murtad. Barangsiapa yang menolak doa, syafaat dan manfaatnya bagi kaum Muslimin, maka ia kafir. Orang-orang Musyrik menyukutukan tuhan-tuhan lain selain Allah menyatakan bahawa tuhan-tuhan mereka itu diciptakan tapi, mereka jadikannya sebagai tempat meminta syafaat dan menyembahnya untuk mendekatkan diri kepada Allah.[16]

Menurut ajaran agama Islam dan Ijma’ para ulama Salaf perbuatan menyeru orang mati adalah tidak dianjurkan. Rasulullah dan para sahabat tidak pernah mengajar supaya mendoa atau menyeru malaikat, para Nabi dan orang-orang shalih serta memohon syafaat kepada mereka setelah mereka meninggal. Perbuatan seperti ini termasuk bid’ah yang diada-adakan. Terdapat jua Bid’ah yang tidak diwajibkan atau dianjurkan adalah Bid’ah yang buruk, dan suatu kesesatan(dhalalah). Sekiranya terdapat Bid’ah yang dikatakan sebahagian Bid’ah itu baik (hasanah), itu bermaksud Bid’ah tersebut mempunyai dalil syar’i bahawa ia dianjurkan.[17]

Tauhid Rububiyyah diakui oleh semua orang, tidak ada ummat manapun yang menyangkalnya, bahkan hati manusia sudah difitrahkan untuk mengakuinya melebihi fitrah pengakuan terhadap yang lain-Nya. Orang yang paling dikenali dengan pengingkarannya adalah Firaun. Namun hatinya tetap menyakini terhadap keberadaan Allah. Allah juga menceritakan tentang Firaun dan kaumnya (dalam surah An-Naml: 14).

Tauhid ini tidak memberi manfaat bagi orang yang mengimaninya kecuali sekiranya dia diberi petunjuk untuk beriman kepada dua Tauhid yang lain iaitu Tauhid Uluhiyyah dan Asma’ dan Sifat. Imam Ibnul Qayyim berkata: ” Seandainya keimanan kepada Tauhid Rububiyyah ini sahaja dapat menyelamatkan, tentunya orang-orang Musyrik diselamatkan. Akan tetapi, urusan yang amat penting dan menjadi penentu adalah keimanan Tauhid Uluhiyyah yang membezakan orang-orang Musyrik dan orang-orang yang mentauhidkan Allah”.[18]

4.0 PERKEMBANGANNYA PADA MASA KINI

Pihak Panel Penyelidikan Yayasan Sofa ( atau singkatannya PPYS), Negeri Sembilan. Membahaskan tentang tiga Tauhid ini. Setelah mengikuti tulisan-tulisan berkenaan, penulis Ustaz Ahmad Kamil Halim meminta agar PPYS membuat kajian lanjut tentang:

4.1 Benarkah Ibn Taimiyyah pencipta kaedah tauhid tiga serangkai?

Dakwaan pihak PPYS bahawa Ibn Taimiyyah ( w. 728H) adalah pereka kepada bid’ah tauhid tiga serangkai tidak benar. Pihak PPYS disyorkan meluaskan lagi penyelidikan terhadap banyak lagi kitab-kitab turath lain yang mudah diperolehi di zaman IT ini.[19]

4.2 Antara tokoh terdahulu yang telah memperkatakannya ialah :


1 ) Al-Imam Abi Abdillah Ubaidillah bin Muhammad bin Battah Al-Akbariy , meninggal tahun 387 H di dalam kitab Al-Ibanah ‘An Syariah Al Firqah An Najiah Wa Mujanabah Al Firaq Al Mazmumah . Dalam teks kata-kata belaiu , antara lain ..


“ …. Bahawa Asal Iman kepada Allah yang wajib atas sekelian makhluk beri’tikad dengannya dalam mengisbatkan iman adalah tiga perkara :


Pertama : Bahawa seorang hamba beri’tiqad akan sifat ketuhanannya ( Rububiyyah) agar jadilah perkara itu satu perbezaan dari mazhab ahl at ta’til yang tidak mengisbatkan adanya pencipta.

Kedua : Bahawa seorang hamba beri’tiqad akan keesaanNya ( Uluhiyyah) agar jadilah ia satu perbezaan dari golongan ahli syirik yang mengakui kewujudan pencipta ( Allah ) tetapi melakukan syirik dalam amalan ibadah mereka.

Ketiga : Bahawa seorang hamba beri’tiqad bahawa Allah Taala bersifat dengan sifat-sifat yang tidak haruslah Dia melainkan bersifat dengan sifat seperi ilmu, qudrat, hikmah dan semua sifat yang Dia sifatkan didalam kitabNya.”


Seterusnya beliau menyebut sebagai sambungan : “ Kerana kita dapati Allah Taala telah memerintahkan hambaNya kepada I’tiqad dengan setiap satu dari tiga perkara ini dan beriman dengannya.” Tiga perkara yang dimaksudkan oleh Ibn Battah di sini ialah

tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma wa Sifat.[20]

2 ) Al Imam Al Hafiz Abi Abdillah Muhammad bin Ishaq bin Yahya Bin Mandah , meninggal tahun 395 H . Di dalam kitab beliau “ Kitab At Tauhid Wa Makrifatu Asma Allah Azzawajalla Wasifati ‘Alal ittifaq Wal iftiraq “ . Di dalam kitab beliau menjelaskan beberapa tajuk yang berkaitan dengan tauhid rabubiyyah, beberapa tajuk yang berkaitan dengan tauhid uluhiyyah dan beberapa tajuk lain berkaitan tauhid asma’ wa sifat. Apa yang lebih menarik, di dalam muqaddimah kitab ini Ibn Mandah menyebut bahwa Al-Imam Abu Yusof ( w. 182H) yang merupakan tokoh besar dalam mazhab Abu Hanifah ( w. 150) turut memperkatakan pembahagian tauhid ini semasa kurun kedua lagi .


Sangat menarik sekali bahawa Al-Imam As Syafie secara lisan yang tersirat mengakui kewujudan tauhid uluhiyyah melalui kata-kata beliau “inilah hakikat tauhid “ dalam satu riwayat dari Imam Al Muzani yang dikemukakan oleh Al-Imam Az Zahabi didalam (Siyar I’lam An Nubala’ jilid 10 m.s. 26, terbitan Muassasah Ar Risalah Beirut, Lubnan).

Tindakan pihak PPYS membesar-besarkan nama Ibn Taimiyyah Rahimahullah sebagai pereka kepada tauhid tiga serangkai sekadar meneruskan agenda pihak yang sudah lama memusuhi Ibn Taimiyyah adalah tidak adil sekiranya kita menilai sesuatu permasalahan berdasarkan pandangan pihak yang kita cenderung kepadanya, tanpa melihat hujah-hujjah pihak lain yang kita tidak bersetuju dengannya. Di dalam dunia Islam masa kini, golongan generasi muda yang prihatin dengan perkembangan ilmu Islam, mengambil sikap menilai secara adil dan saksama segala kemelut yang berlaku. Tokoh seperti Muhammad Zahid Al Kauthari dari Negara Turki bermazhab Hanafi dan Hasan Ali As Saqaf dari Jordan antara tokoh yang kuat mengkritik Ibn Taimiyyah dan menentang keras pembahagian tauhid tiga serangkai. Apa yang memusykilkan penulis ialah kenapa kaedah mengenali Allah melalui sifat 20 tidak pula diperbesarkan oleh pihak PPYS?. Pada hal Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengajar para sahabat dan kita semua, bahawa Allah hanya memiliki 20 sifat sahaja. Perkara yang lebih utama untuk diberi perhatian oleh pihak PPYS ialah ancaman ilmu kalam terhadap kemurniaan sistem pembelajaran ilmu tauhid. Sejarah membuktikan bahawa Al Imam As Syafie tokoh yang paling kuat menentang ilmu kalam dan penggunaannya dalam subjek akidah.[21]

Sifat Allah Berdiri dengan Diri Sendiri adalah wajib ada kerana ia adalah bukti bagi mengetahui akan Tauhid Rububiyyah. Ianya juga bukti penyaksian kepada makhluk-makhluk dan sifat itu pengisbatan kepada pencipta kerana tidak padaNya yang berbeza dan berbilang-bilang. Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah adalah Tauhid yang wajib sempurna, yang datangnya dari Al-Quran. Terdapat pandangan yang dihuraikan dalam contoh bahawa tentang pergerakan tidak dapat bagi sesuatu itu bergerak tanpa ada yang menggerakkannya, dan tidak sesekali yang menggerakkan itu melainkan dengan dirinya sendiri dan demikianlah Ilahi. Manakala makhluk tidak menjadikan atau menggerakkannya sendiri. Mustahil ada dua yang melakukan atau menggerakkan sesuatu itu dengan dirinya sendiri.[22]

Konsert Jom Heboh di Kelantan cipta sejarah

Pagar yang memisahkan antara penonton lelaki (kanan) dan wanita (kiri).

KOTA BHARU, 28 Mac – Penganjur Konsert Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, di sini malam tadi mengotakan janji untuk mematuhi syarat dikenakan kerajaan negeri, antaranya pengasingan tempat duduk antara penonton lelaki dan perempuan.

Selain itu hanya artis lelaki – tiada artis perempuan sebagaimana lazimnya – yang membuat persembahan pada konsert Jom Heboh pertama selepas pelancaran di Stadium Bukit Jalil hujung Februari lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima, Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan, pihaknya bercadang untuk menjadikan konsert Jom Heboh di Kota Bharu sebagai model bagi konsert seterusnya di negeri-negeri lain bermula di Johor Bahru selepas ini.

Sambil melahirkan rasa kagumnya di atas sambutan amat menggalakkan Ahmad Farid secara jujur mengakui Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya bagi penganjuran program Jom Heboh selama dua hari.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan Insya-Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan negeri,” katanya.

Menurut beliau, pihak penganjur tiada masalah untuk memenuhi syarat dikenakan kerajaan negeri termasuk pengasingan tempat duduk lelaki dan wanita serta tiada persembahan melibatkan artis wanita.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. kita akur akan syarat dikenakan.. begitu juga Baginda Tengku Mahkota Kelantan yang berangkat pada hari pertama program (Jumaat).. Baginda sangat gembira melihat rakyat negeri ini mengambil kesempatan membawa bersama keluarga masing-masing khasnya bagi mengikuti program Al-Kulliyyah.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Kelantan sekiranya selama dua hari Jom Heboh berada di Kelantan ada sedikit sebanyak kekurangan yang berlaku dan ia akan ditingkatkan pada masa akan datang.

“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka di bahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui sejurus konsert berakhir malam tadi.

Dianggarkan lebih 50,000 penonton, kebanyakannya golongan muda mudi membanjiri segenap ruang Stadium Sultan Mohd Ke-IV untuk mengikuti konsert Jom Heboh yang pertama kali berlangsung di negeri ini.

Antara artis yang mengadakan persembahan malam tadi termasuk Kumpulan Raihan, Yassin (bekas anggota kumpulan nasyid Brothersa), Jamal Abdillah, Jay Jay dan artis dikir barat tersohor negeri ini, Megat Nordin.

Konsert Jom Heboh TV3 yang berjaya dianjurkan buat pertama kali di Kelantan.

Konsert Jom Heboh di Kota Bharu berjaya mengasingkan antara penonton lelaki dan wanita serta pasangan berkeluarga.

sebahagian penonton wanita yang memenuhi Stadium Sultan Mohd Ke-IV untuk mengikuti konsert Jom Heboh TV3.

Sebahagian daripada puluhan ribu penonton yang memenuhi Stadium Sultan Mohd Ke-IV untuk menyaksikan Konsert Jom Heboh dari dekat.

Kawasan yang dikhaskan untuk pasangan keluarga.

http://bbckelantan.com/isu-semasa/konsert-jom-heboh-di-kelantan-cipta-sejarah.html