Saturday, August 28, 2010

KAJIAN AJARAN SESAT

SEBAHAGIAN DARIPADA KAJIAN TENTANG AJARAN SESAT YANG ADA DI MALAYSIA

7. Nur Muhammad: Agama Baha’i
Ajaran ini diasaskan oleh Mirza Ali Muhammad Rida’ Asyairazi (1235-1265 H) - (1819-1849M), dengan mengumumkan bahawa dirinya Baba tahun1844 M/1260 H. Selepas meninggal, kepimpinan diserahkan kepada Mirza Husain bergelar Bahai dan menamakan gerakannya dengan gerakan Bahaiyah. Memiliki sebuah buku berjudul al-Aqdas (suci). Bahai meninggal pada tahun 1892 M. mengenai tokoh-tokoh penting Gerakan Bahai setelah pendirinya adalah sebagai berikut:

1. Qurrah Aini (1230-1269 H), adalah wanita pertama yang menyeleweng daripada suaminya dan membolehkan dirinya di mutaah, mendakwa syariat Islam itu dihapus pada muktamar yang diadakan tahun 1269 H dan pada tahun yang sama Syah menjatuhkan hukuman mati padanya.

2. Yahya saudara lelaki Bahai: bergelar dengan Azal, menentang saudaranya merebut kerusi khilafah Baba, memiliki buku berjudul al-Alwah (lembaran), ditipu oleh saudaranya dan pengikutnya dibunuh.
(Ensiklopedia Agama dan Mazhab-mazhab Moden, 2008, 47-48)
Menurut pernyataan penulis, Nur Muhammad ini turun temurun tiada terhad kepada Imam Syi’ah yang mana tersebar secara meluas dari abad ke abad. (Pengasas Agama Baha’i) menceritakan tentang dirinya bahawa dialah menafestasi semua kelahiran Nabi-Nabi dan pemimpin selepas Nabi. Bab dan Baha’ullah merupakan pengasas Agama Baha’i,mereka tidak menggelar diri mereka Nabi tetapi menggelarkan diri dengan God’s Manifestation (مظهرالله ) maksudnya sama seperti Nabi.

Pengasas agama Baha’I selepas kematian ketuanya adalah ramai, ini kerana Baha’I telah berpecah dan menjadi banyak mazhab. Antara pengasas mazhab-mazhab selepas ketuanya ialah Mirza Husain Ali, Mirza Yahya Nur, Mirza Muhammad Ali, Abas Afandi dan pengikut Bab. Asalnya, ajaran ini berpegang pada ajaran Islam yang benar, mereka membela agama dan mengarang kitab. Namun, tiba-tiba ajaran ini menyeleweng dengan mendakwa Nabi Isa sudah wafat dan kuburnya ada di India. Nabi Isa diburu oleh pelampau Yahudi, beliau berhijrah ke Kashmir dan meninggal di sana. Beliau wafat ketika berusia 120 tahun. Walaupun pernyataan itu jelas adalah rekaan semata-mata tapi ramai umat yang mempercayai pendapat tersebut. (Abdul Hadi Awang, 2007, 153-154)

Orang yang berfikir tentang akidah gerakan Bahaiyah ini maka ia akan menemukan bahawa akidah mereka bersumber daripada sumber-sumber berikut:

I. Ajaran Budha, Brahma, Zoroaster, Manicheism, Mazdak dan aliran-aliran sesat yang lain.
II. Agama Yahudi, Nasrani dan penganut Dahriyyah (absolute moment)
III. Ajaran Syiah dan peninggalan Parsi sebelum Islam.

Gerakan ini bergerak di bawah arahan:

I. Yahudi
II. Empayar Rusia
III. Penjajah Inggeris

(Ensiklopedia Agama dan Mazhab-mazhab Moden, 2008, 47-48)

Mirza Husain Ali merupakan pengikut kepada Mirza Ali Muhammad yang merupakan ketua bagi bahagian pengetahuan Bab (“gateway” istilah dalam bahasa Arab). Bab telah ditemui oleh Mirza Ali Muhammad pada 1844, ia telah menjadi kepercayaan syiah terhadap Imam Dua Belas. Nabi ini dikenali sebagai Baha’ullah. Mirza Husain Ali yang membawa ajaran ini telah dipenjarakan. Beliau dibebaskan pada 1853 dan dipindahkan ke Constinople, dekat dengan Empayar Ottoman. Ajarannya ini telah menjadi ikutan oleh anaknya iaitu Abd ol-Baha, beliau Berjaya menyebarkan ajaran tersebut Selatan Eropah dan Utara Amerika serta seluruh dunia. Walaupun begitu Abd ol-Baha tidak menganggap dirinya sebagai Nabi. (Jeff Hay, 2007, 49)

Di’ayah Baha’I berperingkat-peringkat. Mereka bermula dengan menyebarkan berita tentang kedatangan Mahdi atau tentang bab (pintu) sahaja. Kemudian ia mengaku sebagai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Selepas itu mengaku jadi manifestasi Allah (Nabi), dan akhirnya mengaku Allah bertajalli dan hulul (menempat) dalam dirinya. Pengganti bab bernama Mirza Hussain Ali yang juga mengaku Roh Allah menyerap masuk kedalam dirinya. Bagi penulis pandangan ini dilihat sebagai kurang siuman tetapi bagi pengkaji mengikut konsep “Nur Muhammad, dan Nur Muhammad itu daripada Nur Allah atau Allah sendiri” , ia merupakan bukan satu khayalan tetapi ia satu pemikiran falsafah.

Beliau membacakan hadis, setiap tahun akan lahir pemimpin pembaharuan (mujaddid) sehingga beliau mengaku sebagai Imam Mahdi iaitu individu yang dijanjikan oleh Nabi Muhammad bahawa akan lahir Nabi akhir zaman. Selepas berjaya mengumpul pengikut, beliau menaikkan tarafnya dengan penjelmaan roh Nabi Isa dan Nabi Muhammad dalam dirinya. Memandangkan semua Nabi mempunyai mukjizat, beliau mendakwa dirinya juga mempunyai mukjizat. Namun, tidak ada satu pun mukjizat yang berlaku. (Abdul Hadi Awang, 2007, 154-156)

8. Nur Muhammad: Agama Qadiani
Mirza Ghulam Ahmad al-Qadiani (1839-1908 M) merupakan pengasas Qadiani. Beliau keturunan satu keluarga yang terkenal dengan mengkhianati agama dan tanah air. Mirza dimata pengikutnya terkenal dengan emosi yang kurang, selalu sakit dan penagih dadah. Beliau memiliki lebih dari 50 karya tulis dan artikel. Salah satu karangan terpentingnya ialah, “Izalah al-Awham”, (cara menghilangkan ilusi), ‘Ijaz Ahmadi, (Mukjizat Ahmadiah), Tajalliyat Ilahiyyat (manifestasi Tuhan) dan sebagainya. (Ensiklopedia Agama dan Mazhab-mazhab Moden, 2008, 359-360)

Ghulam Ahmad pengasas agama Qadiani mengatakan perkara (falsafah) sama seperti yang diucapkan oleh Bab dan Mirza Husain Ali.beliau mengatakan Nabi Isa, Nabi Muhammad, Mahdi malah Krisna semuanya hulul (menjelma) dalam dirinya. Penulis menyatakan terdapat kepercayaan tersebut dalam ajaran puak gnosis (makrifah) Kristian yang mengatakan, “Dalam dunia ini hanya ada satu Nabi iaitu manusia yang Allah jadikan seperti rupa-Nya. Yang terdapat tempat Roh al-Quds, yang lahir sejak azali dalam setiap zaman dengan rupa-rupa baru.”

Pengikut Qadiani telah menubuhkan sebuah komuniti Qadiani di India yang dipimpin oleh Maulana Nuruddin, kepimpinan beliau diragui oleh pengikutnya yang berpendidikan Barat, mereka keluar lalu menubuhkan pertubuhan Qadiani yang baru di Lahore dengan membawa ajaran mengikut pemikiran mereka sendiri. Mereka melantik seorang daripada keluarga mazhab Qadiani menjadi khalifah dengan gelaran Khalifah al-Masih II. Beliau berkhidmat selama 40 tahun, dan ajaran ini tersebar meluas. Kebanyakan pengikutnya berada di Pakistan, India, Afrika Barat, Negara-negara Barat dan Negara Asia Tenggara. Pengikut Qadiani beranggapan bahawa masyarakat Qadiani sahaja boleh dianggap Islam tulen. Asalnya ia ajaran Islam yang benar tetapi telah diubahsuai dan diperbaharui oleh Ahmad Qadiani, beliau diutus Tuhan bagi tujuan pembaharuan tersebut. (Ensiklopedia Islam, 1998, 197-198)

Ajaran Qadiani jelas bertentangan dengan rukun-rukun iman iaitu antaranya beriman kepada Allah, para Rasul dan hari Kiamat. Ajaran ini jelas sesat, yang mana penjajah Inggeris di India menyokong ajaran ini dan membantu menyebarkannya di Negara-negara umat Islam. Sebagai tanda sokongan pihak Inggeris menyediakan penempatan yang dinamakan Rabwah di daerah Punjab sebagai pusat gerakan di seluruh India dan seluruh dunia Islam. Tujuan gerakan ini adalah untuk memecahkan kesatuan umat Islam. (Abdul Hadi Awang, 2007, 156-157)

Baha’I dan Kristian juga merupakan falsafah puak gnosis, bagi penulis adalah wajar mengapa Ghulam Ahmad Qadiani membuat pengakuan yang bukan-bukan. Ahmad Qadiani menyatakan bahawa dia mengaku apa yang Allah laksanakan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. maka dia mengaku berlaku ke atas dirinya. Ghulam Ahmad meletakkan dirinya seperti mana apa yang Allah jelaskan dalam surah al-Dhuha yang Allah laksanakan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, antara kesesatan ajaran ini ialah :

1. Dalam ketuhanan. Ajaran ini menyamakan Tuhan dengan makhluknya. Mereka mendakwa Allah sembahyang, tidur, puasa, berjisim, mempunyai juzuk dan sebagainya.
2. Dalam Kenabian: mereka menafikan Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul yang terakhir. Mereka mendakwa Nabi sentiasa ada, termasuk Ghulam Ahmad yang mendakwa diri sebagai Nabi.
3. Pengikut Qadiani mendakwa bahawa tanah Qadian adalah lebih mulia daripada tanah suci Mekah dan Madinah.
4. Membatalkan jihad. Allah pernah membenarkan membunuh kanak-kanak dikalangan keluarganya. Dia mendakwa mendapat ilham dari Allah supaya berkahwin dengan seorang wanita, dan sekiranya wanita itu menolak pinangan maka dia akan dilaknat. Walaupun begitu, pinangannya ditolak malah wanita itu mengahwini lelaki lain dan dia tidak dilaknat. Dia mendakwa bahawa Allah menikahkannya dengan wanita itu diatas langit.
(Abdul Hadi Awang, 2007, 157-161)

Pada pendapat penulis Ghulam Ahmad Qadiani mentafsir ayat خاتم الأنبياء berasaskan konsep Nur Muhammad mengikut kaedah tajalli Nur Muhammad ke dalam dirinya juga. Menurut beliau, maksud khatam nubuwwah ialah tiada nabi selepas nabi Muhammad s.a.w., tiada Rasul, dan tiada syari’at tetapi ada tajalli Nabi Muhammad kepada seorang daripada umat nabi Muhammad s.a.w.. Orang ini telah suci rohaninya, telah mencapai tahap limpahan dari Nabi Muhammad s.a.w. serta ajaran-ajarannya. Maka, Ghulam Ahmad Qadiani telah mencapai maqam yang tinggi disisi Allah. Apabila beliau menerima tajalli Nur Muhammad maka ajaran yang dibawa oleh beliau bukan perkara baru atau menghapuskan syari’at Rasulullah. Apa yang dibawa adalah sama kerana Nur Rasulullah sendiri sudah tajalli masuk ke dalam diri Ghulam Ahmad Qadiani. Ajaran tersebut adalah ‘akidah wahdat al-wujud dan hulul jasad Rasulullah dalam diri Ghulam Ahmad Qadiani.

9. Nur Muhammad: Agama Taslim
Perkataan Islam bermaksud berserah diri (taslim) kepada Allah, Islam adalah agama penyerahan (taslim). Hakikat taslim pada setiap zaman itu memiliki bentuk yang tertentu dan bentuk pada zaman kita adalah agama yang dibaawa Nabi terakhir.penyerahan diri adalah penerimaan semua perintah Allah.

Penulis menyatakan penganut Agama Taslim membuat kenyataan bahawa Islam yang tidak diterima daripada keturunan Rasulullah maka Islam mereka itu sia-sia. Maka perlulah menerima Islam daripada pengasas Agama Taslim itu sendiri atau keturunannya yang telah menerima ijazah dan bergelar “sayyid” tanda keturunan Rasulullah. Pengertian “keturunan Rasulullah” adalah sama maksudnya dengan apa yang dikatakan oleh pengasas Agama Baha’I dan Qadiani.

Kerana Nur Muhammad, fahaman wahdat al-wujud gnosis yang berasal daripada teori emanasi Neoplatonisme. Perkara tersebut terdapat dalam kitab-kitab Ibn ‘Arabi, sekalipun bukan dia pengasas wahdat al-wujud tetapi bentuk yang lahir selepas zamannya adalah dalam bentuk ciptaannya. Ibnu ‘Arabi menamakan kalimah Muhammadiah, atau Haqiqah Muhammadiah atau Nur Muhammad. Semua nama tersebut dia tidak maksudkan Nabi Muhammad tetapi penjelmaan Tuhan al-Haqq dalam bentuk dan rupa yang paling sempurna. Dialah Nur pertama dan daripada-Nyalah segala makhluk dijadikan.

Penulis juga menjelaskan bahawa kalimah Muhammadiah, atau Haqiqah Muhammadiah, atau Nur Muhammad tidak ada kaitan sama sekali dengan peribadi Nabi Muhammad s.a.w. atau para Nabi dan Rasul atau wali-wali Allah. Kalimah tersebut adalah falsafah metafizik Ibn ‘Arabi yang terkeluar daripada batasan zaman dan tempat.

Bab 5: Martabat Tujuh
1. Ahli Sunnah dan Martabat Tujuh
Menurut penulis sunnah ialah tareqah (cara) Nabi dan Jama’ah serta para sahabat. Ahli Sunnah ialah pengikut aliran Asy’ariah, Maturidiah dan Salaf. Mereka berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah serta menolak falsafah.

Penulis mentakrifkan Ilmu Martabat Tujuh ini ialah perbincangan mengenai asal mula kejadian alam semesta. Ilmu ini termasuk bidang iktikad tasawuf falsafah wahdat al-wujud, yang mengatakan bahawa Allah mencipta alam semesta ini bukan dari tiada kepada ada, seperti pegangan Ahli Sunnah, tetapi daripada ada kepada ada. Allah yang tiada Awal bagi Ada-Nya dan makhluk terbit daripada Allah. Menurut Hamzah Fansuri, “wujud Allah dengan Zat Allah, seperti matahari dengan cahayanya”. Hukum wujud Allah dengan wujud alam esa adalah sama.

Pengertian Wahdat al-Wujud ialah “satu ada”, atau secara istilahannya “Allah ialah segala-galanya, tiada yang benar selain Allah”. Manakala takrifan tajalli, penulis mentakrifkannya, Allah bagi orang sufi Wahdat al-Wujud ialah alam semesta ini bukan Allah tetapi, hakikat Allah dan Alam semesta adalah sama.
Dikalangan Ulama tradisional, tokoh yang sangat dipengaruhi martabat tujuh ialah Muhammad Nafis Al-Banjari. Dalam kitabnya, Ad-Durr An-Nafis, menjelaskan tentang susunan martabat iaitu Ahadiah, Wahdah, Wahidiah, Alam Arwah, Alam Mithal, Alam Ajsam dan Alam Insan. Dikalangan pemikir kontemporer Sayyid Muhammad Naquib al-Attas merupakan pendokong ajaran Ibnu ‘Arabi terutama mengenai lima tanazzulat. (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1997, 71)

Sejarah ringkas martabat tujuh. Martabat tujuh (ertinya lapisan tujuh) iaitu, Ahadiah, Wahdat, Wahidiyah, Alam Arwah, Alam Mithal, Alam Ajsam, dan Alam Insan. Lapisan ini tidak semestinya tujuh, ada yang membilangnya lima sahaja Syams al-Din al-Sumatrani. Yang paling terkenal yang mana telah masuk ke Nusantara oleh Muhammad Fadhlullah al-Burhapuri iaitu martabat tujuh.

2. Isu Martabat Tujuh
Martabat Tujuh ini telah merebak di kalangan penganut ajaran sesat Wahdat al-Wujud yang dihidupkan dengan Batiniah. Menurut penulis yang mengatakan bahawa martabat tujuh ini adalah ajaran Imam Ghazali dan ada fatwa yang mengatakan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui tentang martabat tujuh di bimbangi mati dalam keadaan kafir. Syeikh Ahmad Khatib menafikan bahawa Martabat Tujuh itu ada kaitan dengan Imam Ghazali, bagi beliau orang yang mempunyai pandangan tersebut adalah golongan yang jahil. Beliau juga berpendapat Martabat Tujuh bukan berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah yang sahih dan ia bertentangan dengan ithnainiyat al-wujud.

3. Mengapa Tiada Bantahan?
Menurut penulis Ilmu tasawuf tajalli Wahdat al-Wujud Martabat Tujuh sudah lama tersebar di Nusantara. Dalam Alam Nusantara tidak ada beza antara para ulama dan ilmuan Islam.
"Maka berlumba lumbalah engkau sekalian untuk mengerjakan berbagai kebaikan" [Al-Baqarah: 148]

Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……...

Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ....dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ....
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan .....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak .....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ....arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok .....jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam .... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ....sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ...dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".. Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,