Sunday, February 27, 2011

Andai ku Tah

Andaiku tahu..

Pernah terdetik dihati ini,andai dri ini tidak pernah mngenalimu.mngkin indah hidupku,kerana tidak perlu hatiku ini berasa gusar memikirkanmu,mengingati disaat kita mengenali antara satu sama lain pada awal pengenalan . sukar bagiku melupakan suatu perhubungan apatah lagi soal hati dan perasaan.

Andaiku tahu..

Tidak akan sesekali ku benarkan hatiku berbicara dengan hatimu.walau secalit Cuma.kerana kesannya adalah pada hati..ia akan menyimpan satu perasaan aneh,iaitu hati tidak akan sesekali lupa akan hati yang pernah ia berbicara.Bukanku menyesal dek kerana hatiku pernah berbicara dengan hatimu tapi,yang kukesalkan ia akan meninggalkan kesan semata-mata malah jangka msa yang lama.sakit..adakah hatimu berasa begitu jua?jika tidak,maksudnya hatimu tidak pernah berbicara pada hatiku.

Andaiku tahu..

Ketentuan Tuhan..ya,ketentuanNya.andaiku tahu hatimu bukan untukku,kenapa harus terdetik walau secalit dihatimu dan dihatiku suatu perasaan itu? Bukanku tidak redha apa yang ditentukan Tuhan tapi, kenapa harus kita berdua??adakah dirimu pernah terfikir perkara ini. Ku sering berdoa pada Ilahi,andai dirimu bukan untukku jauhkanlah dirimu dariku tetapi dekatkanlah dirimu pada Ilahi,andai dirimu untukku dekatkanlah dirimu pada Ilahi kemudian barulah padaku..cinta Ilahi adalah yang utama.

Kini..tidak ada lagi andaian..

Ketentuan Tuhan sudah pasti,dirimu n diriku bukan untuk antara satu sama lain. Jadi,kumerasakan demi hati-hati yang telah terkesan biarlah diri kita membawa haluan sendiri. Harus dirimu ingat,walau sering ku tanam perasaan benci, marah, dan sebagainya terhadapmu namun dihatiku hakikatnya menyayangimu, dek kerana hatiku tidak boleh terima semua ini hatiku cuba nafikan ,namun ketentuan Tuhan itu mengatasi segalanya. Ku redha akan ketentuan Ilahi,kerana itu ku rasakan lebih baik kita dengan haluan masing2x. Semoga dirimu sentiasa dibawah naungan Ilahi..

Nurkilan..

Nurinamalinqistina Husna

p/s:nurkilan ini dah lma dikarangkan u someone..
kini jadi kenangan =)

"setiap bekas luka di hatiku ini mewakili
setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek
sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu
juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat
kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat,
...lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan
tidak rata. .Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami.mari bersama kita usahakan, walau kasih tidak dihargai, kita tetap memberi. Walau khidmat tidak dipeduli, kita terus mencurah bakti.

Ingatlah, andai satu ketika kita tidak mengenal erti kehancuran, kita tidak akan pernah tahu ap...a yang membuatkan kita utuh dan teguh untuk hari-hari seterusnya.

Yakinlah :

ALLAH mahu mendidik kita, DIA ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-NYA, yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati-hati yang mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa."