Friday, February 12, 2010

~Aku Insan Yg Lemah~


Assalamualaikum..

Aku cuba menghindari satu tabiatku...sudah berbulan2x aku cuba u menghindarinya,dan memang aku sedikit berjaya tapi, aku pelik dengan hatiku.kenapa aku merasakan hina yang amat sangat..kenapa aku merasakan seolah2x diriku masih melakukan tabiat tersebut..Ya Allah, ku akui aku adalah selemah-lemah hamba disisiMu...

Btollah kata pepatah "Semakin kita cuba untuk menjauhi tabiat buruk,semakin kuat dugaannya". seringkali aku berusaha menjauhi segala kemudaratan namun ia semakin menghantuiku..diriku jadi lemah dan longlai tanpa ada tali untuk tmpat bergantung..aku ingin mencari diriku yg sebenar tp,mampukah aku??kenapa tiap usaha aku untuk mencari identitiku aku jadi semakin lemah??adakah tidak ada lagi peluang untukku merasai Nur Mu..

tambahan lagi aku merasakan diriku kecil dan jauh dari diriMu..tatkala aku bersama2x sahabat2x yang giat dengan Usrah. yang mana, mereka lebih bnyak mngajak hamba2xMU yg lain u mendekatiMu...aku jadi bertambah pelik dan keliru,kenapa sahabt2x aku yang menyeru dan mengajak manusia kejalanMu itu tidak menyeru dan mengajakku untuk bersama2x mereka kearah usaha mereka iaitu menda'ikan manusia..adakah aku seorang yg tidak cukup baik untuk mnjadi Da'i..sekurang2xnya,adkh aku tidak layak untuk dijadikan mad'u..

Terus terang aku ingin jadi sepertimana sahabat2x ku itu..berjuang demi kepentingan agama yang benar,teguh dan sabar hadapi cubaan,semakin bnyak cubaan sbgai Da'i semakin bnyak pahala yang dikaut..aku lebih rela menghadapi cubaan itu daripada cubaan lain.tap,mampukah aku???

ketika aku mula menjejakkan kaki ke IPTA, aku pernah didatangi sekumpulan akhawat. akhawat2x tersebut menyeru dan mengajakku untuk mnjadi seperti mereka..aku suka sangat dengan gaya percakapan seorang akhawat itu...tp,selepas 3@4 kali aku mnyertainya aku mula rasa tarbiyah itu tidak serasi dengan jiwaku...kenapa???

aku berpendapat bahawa akhawat itu terlalu taksub...yerr aku akui dia memang mmbawa jalan yg lurus dan benar disisi Allah..tp,sekiranya melebih2xkan kearah akhirat semata2x pada pandangan aku ia xseimbang antara dunia dan akhirat. mngkin bg akhawat2x yg mengikuti akhawat yang mnyeruku itu tegas mengatakan bahawa ape yang mereka bawa itu jelas dan terpelihara disisiNya...tp,aku pelik dengan diriku knape aku xboleh terima tarbiyah yang dibawa oleh akhawat itu?

mungkin tuhan tahu aku belum menjadi diriku yang sebenar,kerna itu aku perlu berusaha mencari diriku..terus terang akhawat2xku...aku ingin menjadi seoarang tarbiyah seperti kalian,yang mana aku tidak berada dikalangan jemaah yang bnyak sepertimana yang ada pada masa sekarang..tp hnya pada jemaah tarbiyyah yang diterima umum..akhawat mesti tersenyum akan bicara ku ini.."ahhhh...enti nk jadi seorang tarbiyah..mustahil sekali.diri enti sendri tidak tertarbiyah,bgaiman pula enti nk mntarbiyah?"..memang ia tidak mungkin bagiku...ye sekrang mngkin tidak tp, selepas ini tidak mustahil untukku kerna pada masa depan tiada siapa yang tahu..biarlah ia dengan caraku sendri...

Ya Allah, kupohon padaMu.."bawalah aku kejalanMu yang lurus"..aminnn ya Rabbal Alamin..

p/s: Da'i yang baik adalah Da'i yang boleh menjadi contoh kepada sahabt2x terdekatnya n bukan dengan merahsiakn ape yg dibawa dan tidak pernah cuba menceritakan apa yg di Da'ikan.kerna dengan cara itu jua bertambahnya lagi Da'i..pernhkah akhawat terfikir,ramai org yg akhawat Da'ikan bgaimana dgn sahabat2x baik akhawat yg tidak diDa'i kan oleh akhawat??tidak sygkah akhawat pd mreka?

sekadar nukilan dan tidak ada kena mngena dengan mana2x pihak.

1 comment:

  1. sahabatku...bersabarlah,
    inilah punca umat Islam jadi lemah...bukan nk bersatu tp berpecah!sy pun prnah dgr ayat ni"Usrah ni xbtul!" n "usrah die je yg trbaik!"n pelbagai lg ragam manusia ni tntg usrah. sy sndri xmemandang rendah pada mana2 usrah, cume kte ambil ape yg baik n tinggal yg xelok...smg usrah2 yg ad dpt mncapai titik prsamaan sesuai dgn konsep hablum minannas....!

    ReplyDelete