Saturday, January 9, 2010

Puisi Buat Umi


Umi...
Yang bernama Azizah Binti Mamat
Di sini anakmu menulis tentang dirimu
Umi bagaikan cahaya matahari
Yang sentiasa menerangi hidup ku
Umi bukan sahaja ibu tetapi sahabat yang baik untuk ku

Umi...
Umi telah melahirkan ku ke dunia ini
Umi telah menjaga ku sejak ku lahir hingga ke saat ini
Umi sanggup menahan lapar hanya kerana ku
Umi tak ingin melihat ku bersedih
Hanya ingin melihat ku bahagia

Umi...
Umi lah tempat ku mengadu
Tempat ku minta pandangan
Tempat ku curahkan segala nya yang ada di dalam hati
Umi adalah pendengar yang setia
Dan Umi juga adalah penasihat yang hebat

Umi...
Umi begitu memahami ku
Umi sentiasa di sisi ku
Umi sentiasa menyokong dan mendorong ku dari belakang
Umi adalah lain dari ibu-ibu yang pernah ku kenali
Umi adalah ibu yang patut di contohi

Umi...
Umi adalah segala-galanya bagiku
Tanpa UmI tak akan ku berada di sini
Ku kagum sama mu Umi
Akan ku sentiasa doakan kesihatan dan kebahagiaan mu Umi
Agar Umi sentiasa bangga dengan anakmu ini

p/s: pernah umi menagis tatkala melihat driku menagis,
diwaktu itu dan saat itu,ku cuba u tidak menangis dhdapannya...kerana hatiku xsanggup mlhat air matanya..ktabahn umi mnjalani liku2x hidupnya,aknku jadikan conth teladan.seringkali kulihat wajahnya bersedih tatkala perit dngn ape yg dialami...ku fahami ape yg dirasa,hatiku turut meronta xtahan melihat drinya kepedihan...umi segalanya bgku...walau hatinya,sakit,pedih,terhina,terseksa tp....umi seorang btol2x tabah...Ya Allah..Kau,lindungilah Umi,brikn keshatn buat Umi,murah rezkinya dan kbhagian buat drinya.kau kabulkanlah satu2xnya harapan dan keinginan umi Ya Allah (mnuju k rumah suci-MU).....hatiku mnangis,kerana ku thu umi mnangis dan mronta2x dihatinya,tatkala impiannya belom kesampaian.....buat umiku yg tercinta.

No comments:

Post a Comment