Saturday, January 8, 2011

Rehlah Agi

Assalamualaikum..

alhamdulillah..syukur kehdarat Ilahi kerana masih memberi nikmat ksihatan kepada kudratku ini..penat,sakit badan, mengantuk,lelah,pmikiran kosong ibarat sehelai kertas yang kosong dan mengharapkan ada yang akan melakarkan kisah2 indah pada kertas itu..

semalam penyakitku datang agi...dushhhhhh3x..nape xleh tdoooo...adehh.(sedikit luahan perasaan je,xde kaitan ngn sape2,hahaha..i can laugh till now).

tepat kol 7, 'KAMI' keluar untuk cergaskan badan,hilangkan stress dn paling penting mengukuhkan tautan mahabbah 'KAMI'. arini agak jauh lokasi yang 'KAMI' pilih...so,memang betol2x joging laa. pada mulanya 'KAMI' memilih stadium UKM sbgai lokasi menyihatkan badan,menguruskan badan,membakar lemak2 yg xterbakar-bakar pown tp akhirnya 'KAMI' ubah k lokasi lain sbb rmai sangat orang terutama 'guy'...hu3x..nk bina badan kot..hahaha..lokasinya ialah Padang pavilion..da lama xpergi kat situ,its look diffrent..ianya tidak menarik sangat prhatian orang kawasan itu,mngkn itu sbbnya rmai yang kat stadium..

saya tngok dengan kusyuk dan tenang kat group 'KAMI' tadi, mereka bergembira..ianya jelas pada wajah masing2x...sy rasa puas tngok mereka...tp knapa dgan hati n prasaan sy....masa kawan2x dok berkejar2x smbil bersenam..sy berlari keliling padang pavilion bagi mencukupkan pusingan iaitu dua kali..(jerr..ok la tu.nk smpai kt situ pon blh thn jauhnya)..masa tngah berlari seorang diri,sy tekad xnak berhenti..sy nk berlari n berlari dan smpai kepada kawan2x yang lain.sambil berlari2x saya mendongakkan kepala di dada langit...sungguh indah.. walau cuaca redup dengn hujan yang gerimis,ia kelihatan sungguh indah pada lensa mataku..tapi,kenapa hati ini takut,,ketika itu entah kenapa diri ini tetiba terfikir akan kematian.."yaaa...Tuhan memang berkuasa,walau aku tengah berlari,walau aku tengah duduk bahkan walau aku tengah baring utk tdo..Tuhan boleh tarik bila2 masa aje nyawaku..."...saya terkedu lalu berhenti dari larian...kemudian sambung larian saya..dalm hati berdoa..

"Ya Allah, kupohon pada-Mu...janganlah Kau tarik lagi nyawaku..terlampau banyak dosa yang kulakukan tanpa kutebus kembali..ku pohon keampunan..terlalu banyak jasa insan tersanyang terhadapku yang belum terbalas..bekalku untuk diSANA masih tidak mencukupi ya Allah bagilah aku peluang untuk mengukuhkan iman n taqwaku kpadaMu..amin ya Rabbal A'laminn".

sampai je kat kawan2x ku hanya tersenyum nmun hatiku menangis..Tuhan saje yang tahu..
tpi biarlah...biarlah diriku dngn dri sendri..ku xmahu mereka sedih dek krana perasaanku..mngkin itu hnyalah mainan prasaanku..diriku menyayangi kalian sabagai shabat...kalian pemangkin smengatku untuk meneruskan perjuangan dimuka bumi ini...moga kalian bantu dan sokonglah diriku ini berterusan, tanpa kenal erti putus asa dan kekecewaan

subhanallah...hati tenanglah duhai hati yang berduka..

Sahl bin Abdullah al-Tastari,katanya: "Apabila hati seorg hmba tenang n tenteram kpd tuannya,mk akn kuat kduduknnya n apabila baik kdudukannya mka segala-galanya baik kpada-Nya"...~ketahuilah zikir kpada Allah itu menenangkn n mententramkan hati2x manusia~

•    • •   
128. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa, dan orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.(al-Nahlu:128)

Allah telah menjanjikannya kpada hambaNya..maka bersabarlah duhai hati dan brtaqwalah padanya..

if you recite ZIKIR, you won`t become stressed...if you`re getting stressed, you`re not doing enough ZIKIR... if you want to talk to Allah, perform SOLAH...if you want Allah to talk you, read AL-QURAN,... don`t ask Allah... "where are You?" but, ask yourself, "where am I?"...." Wallahu`alam ;)
~copy n paste from ukhti najihah~

moga ukhwah 'KAMI' berterusan dan berkekalan hendakNya...aminnnn..

Wasslamm...

Wednesday, January 5, 2011

Yang mana Pilihanku

Asslamualaikum..

Alhamdulillah...hari ini jiwa berasa aman dan tenteram sekali...terasa hilang bebanan yang dipikul..

beberapa hari yang lalu saya mengalami tekanan perasaab dek kerana susah membuat keputusan antara tanggungjawab, sahabat dan keperluan..diri ini jadi kacau bagaikan ibu kucing yang xtentu arah mencari arah anaknya...(meoww3x)..

hari ini saya sudah buat keputusan walau hati masih berbelah bahagi.....
kalu saya pilih yang tanggungjawab terasa serba salah terhadap seoarng sahabat dan saya merasakan diri ini bukan seorang sahabat yang baik...sebaik arwah, yang cukup dikenali sebagi sahabt yang smpurna dalam ukhwah fillah nya..tapi tanggungjawab itu adalah suatu amanah yang satu hari nanti saya akan dipersoalkan..dah la gerak kerja sya hanya buat sekadar termampu sahaja...tu pon saya bertindak berdasarkan arahan...maklumlah dok bawah orang..tpi itu lebih baik..

keperluan....entahla, sekarang da xrasa perlukan sangat..semangat saya dirasakan pergi bersama 'ct'.. tapi saya tahu ia amat diperlukan suatu masa nanti, kerna itu saya berani untuk cuba mendapatkan keprluan itu..

tpi.........kalu (jangn amalkan ungkapan ini) saya tidak laksanakan tnggungjawab tersebut, saya boleh selesaikan banyak perkara...assigmnt yANG bertaburan,tesis yang ntah ke mana, dapatkan 'keperluan' secepatnya, dan dapat menjaga hati dan perasaan sahabat saya...

apa pilihan saya???...itu persoalannya...
saya xtahu sama ada tindakan dan keputusan saya ini betul atau salah..
saya memilih tanggungjawab....saya xtahu kenape, apa yang pasti saya rasakan tanggungjawab itu suatu perkara yang besar.. bukan sahaja saya akan dipersoalkan didunia, malahan DISANA nanti...tpi, mcm mne dengan apa yang saya xpilih tu????
apapon saya redha dan saya yakin dengan keputusan saya...saya tahu Allah Maha Mengetahui..dan Allah jua tahu kenape itu pilihan saya...Allah dah tetapkan segalanya....

saya yakin, sahabt saya akan memahami saya dan saya yakin keperluan itu Allah akan permudhkan bagi saya...dan saya yakin Allah akan bantu saya disamping usaha saya untuk selesaikan tugasan saya tu...

p/s: tetiba berfikir sejenak...knape dalm 3/4 ari ni xleh tdo...??saya rsakan xsedap hati bila memikirkan ada urusan arwah yang belum selesai dan saya rasa perlu untuk membantunya...tpi macam mana??

Monday, January 3, 2011

Pohon KeampunanMu

Asslamualaikum..

salam ukhwah fillah untuk seluruh saudara se Islam..

semalam dan termasuk la arini saya xdapat tido dengan tenang..
hati saya gusar,tidak berasa tenang..tiap kali suatu perasaan pelik datang saya tidak lekang mengucap kalimah-kalimah Allah dengan harapan hati ini tenang, setenang air di kali..

berbicara tentang hati yang gusar...adakah saya mengalami masalah hati???
apa salah saya??? saya dan Allah saje yang tahu..mungkin kerana hubungan saya dengan Allah semakin menjauh...saya perlu mencari jati diri saya yang sebenar..saya perlu...
saya perlu mencari redha Allah yang hakiki yang sebenar-benarnya..
ya Allah sakit dan terseksanya apabila mengalami masalah hati..jiwa tidak tenang,tutur kata yang tidak tersusun dan teratur dengan baik sehingga ada jiwa yang terguris diri selalu bermasalah dalam perhubungan sesama insan..namun ku tahu, Kau mahu ku mencari diriMu dan bukan Allah yang mencari diriku.. Kau mahu diriku sedar bahawasanya Engkaulah sahabat yang terbaik dunia dan akhirat...Engkau teman yang setia mendengar luahan hati hambamu..

kembali kpada mataku yang xmahu2x lelap ni..mungkin Allah ingin memberiku masa untuk memuhasabahkan diri...supaya driku sentiasa mengingatiNya...

semoga Allah menyucikan jiwaku agar diri ini tenang dan redha menerima takdirnya...
ku sujud pohon keampunanMu..ampunilah dosa2x ku ini...terimalah keampunanku ya Allah..
permudahkan setiap urusan kehidupanku di muka bumi Mu ini..aminn

wassalam

Sunday, January 2, 2011

ReHLah kAmI


Assalamualaikumm...

Alhamdulillah..benarlah kata orang perjalanan hidup pnuh dengan onak duri tnpa adanya sahabat..shabaat adalah sebagai penguat semangat jiwa yang lemah untuk menempuhi onak perjlanan hidup..

pagi tadi saya dan sahabat2 handai menambahkan kemanisan persahabatan dengan berehlah bersama2 ditasik kejuruteraan UKM..tempat yang dahulu hinggalah sekarang,dimana kami menguatkan tautan mahabbah ukhwatun fillah abadan abada insyaAllah..

walaupun tautan pagi tadi simple dan santai tpi kami gembira malahan tekanan yang ad berkurangan..

namun hari ini tidak sma dengan yang sebelum ini...kami menautkan mahabbah ukhwatillah tanpa sahabat sejati kami yang menyahut panggilan Ilahi..sangat berasa akan kehilangannya..walau sy tersenyum girang namun hati saya kelam tanpa bicara,kusam tanpa rasa...sedih kerna shbatku tiada bersama.namun kerna adanya sahabt2 yang lain,ia tidak memudarkn semangat juangku...mereka adalah inspirasiku untuk meneruskan perjuangan yang masih panjang...

dalam hati, saya yakin sahabat sejati kami itu sentiasa bersama kami...walaupun kami berada di alam yang berbeza yang sangatlah jelas berbeza namun,saya tahu allahyarhamah gembira melihat tautan mahabbah dikalangan kami semua...

semoga Allah merahmati ukhwah kami dan melindungi kami dari sebarang keburukan..moga Allah membantu kami untuk menegakkan syiarNya yang hakiki..moga Allah melancarkan perjuangan kami yang masih panjang ini..dan juga semoga Allah merhmati allahyarhamah kesayangan kami DISANA...

BuAtMU sAhABat

ku tidak layak bergelar sahabatmu andai ku xmampu
menyampaikan walau satu ayat buatmu,

malah ku xlayak bergelar sabahatmu andai driku
tidak mampu dan tidak sanggup menyedekahkan alfatihah buatmu..

ku mnyintaimu sahbat kerana keikhlasanmu dalam ukhwah yang kau beri..gelak tawamu,tangismu,senyumanmu, nasihat dan kata2x semangat yang kau beri akan ku ingat dan simpan dalam2 di sudut hatiku ini,kerna ku menyayangi ukhwahmu..

kau penguatku dalam pembuka kalamku...

p/s: hidup xlengkap tanpa iman n takwa
hidup juga xlengkap tanpa sahabat
(sayangg korang sumer)

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum...

syukur kehadrat Ilahi,kerana limpah kurnianya..dri ini masih mampu diberi peluang untuk menghirup udaranya yang segar dan nyaman..namun sesungguhnya semua ini tidak kekal, ianya adalh tempat persinggahan semata-mata..

Hari ini adalah bermulanya tahun baru iaitu 1/1/11..angka keramat bg dunia ini.umur kita makin meningkat begitu jugalah usia bumi ini yang semakin tua..hanya menanti arahan Tuhannya, dengan hanya menanti tertiupnya sangkakala..lalu musnah lah segalanya.

tahun ini juga bermula semester baruku,tanpa sahabt yg tercinta disisi kerna telah menyahut panggilan Ilahi..semester ini juga mrupakan semesterku yang terakhir bg mendpatkan segulung ijazah.

kematian??? adakah ia sungguh mendahsyatkan...ya!!kecut perutku tatkala takut akan kematian..kenapa dri ini takut???? takut kerana diri ini menyedari betapa hina dinanya diri tanpa bekal yg secukupnya..tambahan pula,ketika hati ini ingat akan suatu perkara...

Adakah dri ini skrg dalam kelemasan????hanyut dibwa arus yg xtahu dimana penghujungnya...dri ini pernah yakin pada dri bhawa dirinya mampu mmbantu seseorang daripada terus lemas dan hanyut dibawa arus keduniaan...namun adakah drinya telah berjaya mmbantu seseorang itu ke tebing???...tidak..diri ini tidak pernah mmbntu seseorang itu bertepian ke tebing..malahan dirinya sendri kelemasan,lemas smpai tidak pasti dapat diselamatkan ataupun tidak walaupun drinya telah dibawa ke tebing...malahan diri ini merasakan dirinya lebih hnyut berbanding orang yang hendak dibantunya itu..

sehinggakan diri ini kehilangan dri yang sebenar...tidak lagi dirsakan nur Allah memncar pda sinar wajahnya,yang mana wajahnya semakin hari semakin kusam..

Namun...adakah Allah mudah melupakan hmbaNya,sepertimana hmbaNya melupakanNya dengan mudah...melupaknNya kerna nikmat dunia,kasih syang,harta, hiburan n sbgainya.tidak sama sekali,kerna sudah menjadi sifat sang Pencipta yang tidak akan sama sekali menyamai maklukNya...dri ini perlu mencari keredhaan n nurNya kembali...dri ini sendri yg perlu berusaha mencari diri yang sebenar...dri ini dan diri seseorang itu sendiri yang perlu berusaha untuk menyelamatkn dri dari kelemasan dan seterusnya hanyut dibawa arus keduniaan..mengayuhkan diri dengan bersungguh2 agar dpat ke tepian serta yakin, istiqamah dan tawakl dalam diri hanya pada Tuhan yang Agong..walaupun dri mengethui walau sampai ketepian diri xsemestinya selamat DiSANA..apa yg penting berusha dan tidak ptus asa padaNya..

Dri ini memohon,moga Allah menemukan diri kami yang sebenar..ampunkanlah dosa2 kami s/ada dlm kead sengaja atau tdak sengaja...

semoga hari demi hari yang kemudian, adalah hari demi hari yang lebih baik dan lebih bermkna berbanding hari sebelum ini..jazakumullah hu khairan kathira

Tuesday, December 28, 2010

DOAKU BUATMU SAHABAT



Ya Allah,

Andai sahabatku resah,

tenangknlh hatinya dgn teduhn makrifah-Mu.

Andai shbtku terncam,

lindungilh jasadnya

dgn kbesarn-Mu

Andai tbuhnya kdinginan, slimutknlh dgn kehgatan kasih sayg-Mu

Andai drinya merindu,rinduknlh jiwanya dgan saat brtemu dgn-Mu.

ya Allah..

jgn kau biarkn hatinya, jiwanya n juga jasadnya terpesona dengan duniawi

Khusyukkn jiwanya dlm rukuk

dan sujudnya ketika menghadap-Mu

beriknlh kejayaan padanya di dunia-Mu..

juga di akhirat-Mu kelak

semoga dirinya itu saudaraku selamanya.



"Tidak ada kegembiraan setanding nikmat bersahabat.

Dan tidak ada rasa sedih setanding perpisahan dengan sahabat"

(Imam Al-Syafi'e)



"Org yang kurang ditimpa kesulitan,jiwanya akan lemah,

sebagaimana orang yg kurang bekerja,bdannya lemah.

Bersyukurlah apabila diuji dengan kesulitan,

kerana dengan itu kita mempunyai jiwa yang kuat dan tabah"


(STANZA CINTA,NURUL HALAWATI)

"Dalam kita melangkh..terkadang diuji dgn ujian yg terasa berat.

peritnya terasa, tetapi ketahuilah dan renungilah kembali kedalm diri.

Mungkin air mata tika itu hadir krna Dia mahu kta mnjhit kmbali

sejadah iman yg kian trkoyak lntaran ada lngkh yg tersasar dripada keiklasan"

Tuesday, October 5, 2010

BERHATI2 DALAM MENGUCAPKAN KATA2

Ketika seorang hamba itu ditimpa musibah, hendaklah ia berhati-hati dalam menangis dan juga dalam mengucapkan kata2. jauhi ucapan yang akan dapat menghapuskan pahala musibahnya serta yang akan membuatkan Allah murka kepadanya, ucapan yang akan membuatkan Allah murka itu seperti mengatakan Allah berbuat kezaliman kepadanya dan sebagainya.



Sesungguhnya ketahuilah, bahawa Allah itu Maha Adil dan tidak akan berbuat kezaliman, Maha Mengetahui serta tidak akan melakukan perbuatan yang menyesatkan atau berbuat bodoh.Segala perbuatan yang dilakukan-Nya penuh dengan Kebijaksanaan serta menyimpan kebaikan. Allah swt tidak akan berbuat sesuatu kecuali ada hikmahnya, sesungguhnya Dia adalah Zat Maha Pemberi dan pada suatu ketika akan mengambilnya kembali. apa yang dilakukanNya tidak ada seorang yang mampu menuntut melainkan Allah yang menuntut dari perbuatan hambaNya.

Allah membuat apa sahaja yang Ia kehendaki, Ia Maha Pencipta serta menentukan segala perkara. Justeru orang yang terkena musibah hendaklah mengucapkan kata-kata yang akan membuatkan Allah redha kepadanya serta berusaha memperbanyakkan pahala dan meningkatkan darjat di sisi Allah swt.

Abdul Arab berkata: ketika Abdullah bin Ziad memerintah supaya menyeksa Baljak, maka datanglah tukang penyeksa tersebut dengan membawa berbagai macam lalat. Kepada tukang penyeksa itu Baljak berkata : Aku ingin mengatakan sesuatu kepadamu, harapanku hendaklah kata-kataku ini menjadi bahan renungan bagi siapa saje yang mendengarnya. pada saat itu ia memuji Allah lalu berkata; Hari ini adalah mrupakan hari terakhir untuk aku di dunia ini, dan ianya tidak perlu disesalkan, aku berharap semoga hari ini merupakan hari pertamaku di alam akhirat yang sangat selalu aku inginkan. Demi Allah, sebab kefanaan alam inilah, makanya aku tidak ingin kekal untuk tinggal diatasnya, sehingga demikian, aku memandang ringan semua cubaan yang menimpa diri.segala puji pada Allah, atas segala suka dan duka, keshatan dan kesakitan sesungguhnya aku berhrap kepada Allah supaya yang ditimpakan padaku adalah lebih banyak dari yang ku lalui.

Selepas ia mngucapkan kata2 tersebut, maka penyeksa itupun mengerat kedua tangannya, tetapi darah tidak keluar, maka waktu itu ia berkata: Hidup dengan kemuliaan dan mati dalam kesuciaan, sebb jiwaku selalu berharap pahala besar dari Tuhanku dan saat ini kegembiraan benar2 kekal n aku tidak mengakhiri hidupku dengan kekeruhan.

Ketika penyeksa itu mengerat kedua kakinya, maka tidak sedikit pun keluar keluhan dari mulutnya. maka ia menjawab: Demi Allah, aku memekik bukanlah kerana melihat api itu, dan bukan kerana takut, ttapi aku ingat akan besarnya seksa neraka. semasa ia diseksa dengan api itu Baljak memejamkan matanya sambil berdoa: Ya Allah,aku hidup didunia ini sentiasa dalam kesedihan maka berilah hambamu ini kesenangan di akhirat.sesungguhnya aku telah melihat, betapa kecilnya seksaan ini, jika dibndingkan dengan pahala yang bakal aku terima pada hari akhirat, maka Baljak meninggal dunia.

Justeru, janganlah seseorang itu mendoakan keburukan drinya sendiri kerana Rasulullah pernah bersabda pada waktu Abu Salamah meninggal dunia: Janganlah kamu mendoakan dirimu, kecuali doa yg baik, kerana doa semasa kamu berdoa malaikat turut mengaminkan.

(KASMURI SELAMAT M A, RAHMAT DISEBALIK DUGAAN, 2009)

~ANGGAPLAH TIAP DUGAAN SEBAGAI KAFARAH~